Peranan Pengalaman Mengajar dalam Hubungan antara Komitmen terhadap Profesion dengan Prestasi Kerja

Authors

  • Abdull Sukor Shaari Fakulti Sains Kognitif Pendidikan Universiti Utara Malaysia
  • Noran Fauziah Yaakub Fakulti Sains Kognitif Pendidikan Universiti Utara Malaysia
  • Rosna Awang Hashim Fakulti Sains Kognitif Pendidikan Universiti Utara Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk (1) mengukur tahap komitmen terhadap profesion di kalangan guru-guru sekolah menengah, (2) mengenal pasti hubungannya dengan prestasi kerja, dan (3) mengenal pasti pengaruh pengalaman mengajar sebagai penyederhana hubungan antara komitmen terhadap profesion dan prestasi kerja. Data kajian dikutip melalui kaedah tinjauan menggunakan soalselidik. Kajian ini menggunakan sebanyak 370 guru yang dipilih secarapersampelan rawak berstrata dari 108 buah sekolah menengah di negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar responden mempunyai komitmen yang tinggi terhadap profesion. Terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara komitmen dengan prestasi kerja. Pengalaman mengajar didapati berperanan sebagai penyederhana hubungan antara komitmen terhadap profesion dengan prestasi kerja.

 

Additional Files

Published

25-02-2004

How to Cite

Shaari, A. S., Yaakub, N. F., & Awang Hashim, R. (2004). Peranan Pengalaman Mengajar dalam Hubungan antara Komitmen terhadap Profesion dengan Prestasi Kerja. International Journal of Management Studies, 11, 185–196. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9194