Kepentingan Beberapa Pasaran Utama Negara ASEAN Kepada Pembangunan Industri Pelancongan Malaysia

Authors

  • Redzuan Othman Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norlida Hanim Mohd Salleh Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pelancongan ASEAN, Profil pelancong, Punca Unit, Kointegrasi, Engle-Granger

Abstract

Satu ciri penting industri pelancongan Malaysia ialah kemasukan pelancong antarabangsa dan sebahagian besarnya adalah daripada negara ASEAN. Pada tahun 1985 misalnya pelancong dari negara ASEAN menyumbang 75% daripada jumlah ketibaan pelancong ke negara ini. Tahun 2000 mencatatkan pengurangan iaitu 68% dan kembali meningkat kepada 75% pada tahun 2004. Penyumbang utama ketibaan ini didahului oleh negara Singapura, diikuti oleh Thailand dan Indonesia (dinamakan ASEAN3). Ketiga-tiga negara ini menguasai lebih 95% daripada jumlah ketibaan pelancong daripada rantau ASEAN keseluruhannya. Pada tahun 2004, sejumlah 97% daripada keseluruhan ketibaan pelancong ASEAN datangnya daripada ASEAN3 ini. Memandangkan kepentingan ASEAN3 ini dalam membantu membangunkan industri pelancongan negara, kajian ini dilakukan untuk membincangkan faktor-faktor utama yang menggalakkan kemasukan mereka ke negara ini. Faktor penting yang dijangka mempengaruhi kemasukan mereka ialah kos semasa melancong di Malaysia, pendapatan pelancong, destinasi alternatif, krisis ekonomi global dan alam sekitar serta kempen penggalakan kerajaan untuk melawat Malaysia. Kajian ini menganggarkan kepentingan faktor ini dengan menggunakan kerangka kointegrasi Engle-Granger. Hasil kajian mendapati kebanyakan pemboleh ubah yang digunakan adalah signifikan secara statistik dan selari dengan teori ekonomi.

 

Additional Files

Published

28-12-2007

How to Cite

Othman, R., & Mohd Salleh, N. H. (2007). Kepentingan Beberapa Pasaran Utama Negara ASEAN Kepada Pembangunan Industri Pelancongan Malaysia. International Journal of Management Studies, 14(2), 163–183. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9850

Most read articles by the same author(s)