Mengandung Anak Tak Sah Taraf: Kajian Kes di Daerah Kubang Pasu, Kedah

Authors

  • Abd Ghani Ahmad Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Nuarrual Hilal Md Dahlan Universiti Utara Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/uumjls2017.8.2

Keywords:

Remaja, Pergaulan bebas, Hamil luar nikah, Anak tak sah taraf, Keluarga angkat

Abstract

Abstrak: Gejala hamil luar nikah dalam kalangan remaja menjadi isu besar dan sukar dibendung lagi. Pengaruh media sosial, pergaulan bebas dan kurang didikan agama dalam kalangan ibu bapa menjadi antara punca remaja hamil luar nikah. Keluarga merupakan pelindung utama dalam pembentukan sahsiah dan kesejahteraan psikologi golongan remaja agar tidak terpengaruh dengan masalah sosial yang tidak terkawal. Mengandung dan melahirkan anak tak sah taraf dalam usia muda menimbulkan keresahan kepada remaja tentang cara untuk ‘menyelamatkan’ anak tersebut daripada pengetahuan umum. Pelbagai isu dan masalah yang menyelubungi perasaan mereka sama ada ingin memelihara sendiri anak tersebut atau menyerahkan sahaja kepada keluarga angkat. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejauh manakah penerimaan remaja hamil luar nikah dan keluarga terhadap anak tersebut. Kajian ini berbentuk kualitatif berdasarkan kajian-kajian terdahulu menerusi pelbagai buku, jurnal dan dokumen yang membincangkan isu remaja hamil luar nikah. Kaedah tinjauan digunakan untuk mengenal pasti pandangan para responden tentang penerimaan mereka terhadap kelahiran anak tak sah taraf. Pengumpulan data diperoleh dengan menggunakan metode temu bual berstruktur yang menjadi asas utama dalam kajian ini. Analisis perbandingan dilakukan terhadap data yang dikumpulkan dan dikategorikan kepada lima isu penting sama ada bersifat positif atau negatif dan sama ada terdapat persamaan atau perbezaan dari aspek penjagaan, pendidikan, pengurusan dan kebajikan, emosi dan perasaan serta akhlak dan perubahan sikap remaja tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa remaja dan ahli keluarga mereka boleh menerima kelahiran anak tak sah taraf dan bersifat positif tentang kepentingan menjaga anak tersebut. Terdapat persamaan antara mereka dari aspek pendidikan, pengurusan dan kebajikan, emosi dan perasaan serta akhlak dan perubahan sikap. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari aspek penjagaan anak tersebut iaitu ada antara remaja dan ahli keluarga sanggup memelihara sendiri dan sebaliknya ada yang menyerahkan kepada keluarga angkat.
 
Kata kunci: Remaja, Pergaulan bebas, Hamil luar nikah, Anak tak sah taraf, Keluarga angkat.
 
Abstract: Symptoms of pregnancy outside marriage among teenagers has become a big issue and still unresolved. This catastrophe is due to the influence of social media, promiscuity and lack of proper religious education among the said teenagers. Family is the main factor in the formation of personality and psychological well-being of teenagers against any bad influenced. Pregnancy and giving birth to an illegitimate child at young age has caused anxiety to young people to the face the issue on how to 'save' the child from public knowledge. Various issues and problems will occur including the issue of maintenance the child ie. Whether to maintain the children themselves or to hand over it to adoptive family. The objective of this study is to determine the extent of acceptance of teenagers’pregnancy outside marriage. This writing is a qualitative case study writing based on previous studies through various secondary sources that discussed the issue of teenage pregnancy out of wedlock. The survey method was also used to identify the respondents' view of their acceptance of illegitimate children. Data were also collected using a structured interview method. A comparative analysis was conducted on data collected and categorized into five key issues either positive or negative and whether there are similarities or differences in the aspects of care, education, and welfare management, emotions and feelings as well as moral and change the behaviour of teenagers. The study found that adolescents and their family members can accept their illegitimate children and are ready to look after the child. There are similarities between them in terms of education, management and welfare, emotions and feelings as well as moral and attitudinal changes. However, there are differences in the aspects of illegitimate child care among adolescents and family members who are unable to maintain the children and this had caused them to send the children to host family.
 
Keywords: Teenagers, Free intercourse, Pregnancy outside marriage, Illegitimate children, Host family.

References

Che Maryam Ahmad. (2004). Penentuan Nasab dan Amalannya di Mahkamah Syariah di Malaysia. Dlm Zaini Nasohah et. al. Pynt., Syariah dan Undang-Undang: Suatu Perbandingan, Terbitan Pertama, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2004, hlm. 268. Dato’ Daharah Ismail, Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Kedah (LKPI), temu bual secara telefon dengan penulis, 16 Januari 2015

David S. (2011). Interpreting qualitative data. (4th edn. London: SAGE Publications

Earl, B. (2001). The practice of social research. (9th edn.). USA: Thomson Learning. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah 2008

Fariza Md. Sham. (2013). Ciri-ciri remaja berisiko: Kajian literatur. Islamiyyat, UKM, 35 (1) hlm.111–119. Haslinda Abd Samad, Penolong Pengarah, Unit Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah, temu bual dengan penulis, 13 Januari 2014. UUMJLS 8, 17-55 (2017)

Iran Herman. (2012). Isu penempatan kanak-kanak: Pandangan Pegawai Kebajikan Masyarakat di Kedah dan kebajikan kanak-kanak. Dlm. Azlin Hilma Hillaluddin & Zarina Mat Saad, Pynt., Penilaian Psikososial Kanak-Kanak: Isu-Isu Kebajikan dan Perkembangan, Cet. 2, UUM Press, Universiti Utara Malaysia, 2012, hlm. 46

Kasih sayang ibu. (2016, April 1). Sinar Harian. Dicapai daripada http://www.sinarharian.com.my/mobile/rehal/kasih-sayang-ibu-1.504628

Khadijah Alavi. (2012). Hamil luar nikah dalam kalangan remaja. Jurnal E-Bangi, UKM, Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan, 7(1), hlm. 131-140. Khadijah al-Nabarawi, Mausu’ah Huquq al-Insan Fi al-Islam. (1427H/2006M.) Cet. 1, Kaherah: Dar al-Salam. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, [portal rasmi], Dicapai daripada http://www.kpwkm.gov.my, capaian pada 25 April 2014. Kes Mahkamah Tinggi Syariah Kedah

Lai Poh Guat. (2003). Masalah sosial di Negeri Selangor dan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jurnal Kebajikan Masyarakat, (25), 1, Jun, hlm. 18. Leha Zaleha Muhamat. Maruah anak angkat. Utusan Malaysia. Dicapai daripada http://ww1.utusan.com. my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0327&pub=utusan_ malaysia&sec=Rencana&pg=ot_01.htm

Mansor Ahmad Seman. (1996). Ledakan Media Elektronik. Dlm. Mansor Ahmad Seman & Ahmad Sebi, Pynt., Peranan Media Dalam Masyarakat Moden, Cet. 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,hlm. 86. Mohd Riddual Ahmad, Penolong Pengarah, Bahagian Kelahiran dan Kematian, JPN Kedah, temu bual secara telefon dengan penulis, 23 Disember, 2015

Muhammad Ibrahim al-Haqawi. (1430H/2009M.). Mu’jam Gha’rib al-Fiqh Wa al-’Usul, Jil. 1. Kaherah: Dar al-Hadis. Muhammad Rawwas Qal’aji, al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah. (1421H/2000M.) Jil. 2.Beirut: Dar al-Nafa’is. Muwaffiq al-Din Wa Shams al-Din Ibnu Qudamah, Al-Mughni Wa Syarhu al-Kabir, Juz. 7. Beirut: Dar al-Fikr t.th. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penamaan-anak-tak-sah-taraf-anak-luar-nikah, capaian pada 31 Mac, 2016

Nora Abdul Hak. (2004). Hak Kanak-Kanak dari Aspek Hadanah dan Nafkah: Di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Kertas Kerja Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-Kanak, Gurney Resort Hotel and Residences, Pulau Pinang, 21-22 Julai, 2004, hlm. 4

Sabita Marican, & Mahmood Nazar Mohamed. (1995). Pencemaran budaya remaja: Siapakah yang bertanggungjawab. Jurnal Kebajikan Masyarakat, 18,(1), Jun 1995, hlm. 25. UUMJLS 8, 17-55 (2017)

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, RMK 10 (2011-2015), [portal rasmi], http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds. pdf, capaian pada 15 Mac 2015. Wahbah al-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. (1409H/1989M). Juz. 7, Cet. 3. Damsyik: Dar al-Fikr. Wan Hamzah Wan Paie. Isu Terhadap Jawapan TMDN mengenai statistik kes rogol gadis bawah umur. Kenyataan Media, 21 Mac 2014. Dicapai daripada http://www.moha.gov.my/index. php/en/kenyataan-media-akhbar/1513-isu-terhadap-jawapan-yb-tmdn-mengenai-statistik-kes-rogol-gadis-bawah-umur/ Mac 2014

Yusuf al-Qaradhawi. (2009). Fiqh: Ekonomi Islam, Cet. 1, Terj. Mohamad Dahlan Haji Arshad, Kuala Lumpur: Blue-T Publication

Downloads

Published

01-12-2017

How to Cite

Ahmad, A. G., & Md Dahlan, N. H. (2017). Mengandung Anak Tak Sah Taraf: Kajian Kes di Daerah Kubang Pasu, Kedah. UUM Journal of Legal Studies, 8, 17-55. https://doi.org/10.32890/uumjls2017.8.2

Research impact

Harvested 2026-11-14
4 citations, from OpenAlex — the highest of the sources checked

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/uumjls2017.8.2 OpenAlex W2177067448

Most read articles by the same author(s)