Naratif pengurusan teknologi dalam novel terpilih Shahnon Ahmad berdasarkan terapan teori semiotik (The narrative of technology management in selected novels by Shahnon Ahmad based on the application of semiotic theory)

Main Article Content

Mohd Taha Abd Wahab
Azhar Wahid
Rahmanyasin Jaafar

Abstract

Novel adalah sebahagian daripada karya kesusasteraan yang memperlihatkan kehidupan manusia. Ianya juga adalah naratif yang mengandungi peristiwa yang terwujudnya masalah dan konflik dalam watak-watak. Novel juga telah dijadikan sebagai satu platform untuk sindiran dan kritikan sosial mengenai isu-isu kepimpinan, nilai kemasyarakatan dan perubahan zaman. Kajian yang dijalankan ini adalah merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis teks dan kepustakaan. Beberapa novel Shahnon Ahmad telah dipilih dengan tujuan membincangkan isu pengurusan teknologi dalam konteks cabaran perubahan sosial budaya di kalangan masyarakat Melayu. Teknologi bukan sahaja dihadirkan dalam bentuk peralatan dan sistem, malah menjadi lambang kemodenan. Perlambangan ini ditampilkan berdasarkan Teori Semiotik dengan menganalisis watak, perwatakan, plot dan juga dialog dalam novel-novel terpilih tersebut. Tiga karya terpilih iaitu Sampah, Tivi dan Kemelut yang melambangkan pelbagai dimensi negatif daripada pengurusan teknologi yang tidak seimbang dan tidak beretika. Naratif dalam ketiga-tiga karya ini menggambarkan bagaimana teknologi yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kesejahteraan masyarakat akhirnya menjadi medium penindasan, pengasingan sosial dan kemerosotan nilai budaya apabila pengurusan teknologi ini tidak dilaksanakan dengan baik dan bijaksana. Aspek pengurusan teknologi dalam novel adalah dengan meneliti watak-watak sebagai anggota masyarakat dan harus disandarkan kepada prinsip perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penstafan dan kawalan. Maka cabaran dan objektif kajian adalah bertumpu kepada dua perkara utama iaitu, pertama, mengenal pasti naratif teknologi dalam novel dan kedua mengenai aplikasi pendekatan pengurusan teknologi tersebut dalam novel dengan terapan Teori Semiotik. Novel-novel Shahnon Ahmad yang dikaji ini membawa novelti atau keunikan apabila memperlihatkan kaedah atau cara pengarang Melayu kontemporari mengangkat isu teknologi bukan sekadar sebagai alat kemodenan, tetapi sebagai cerminan terhadap keperluan pengurusan nilai, moral dan akal budi dalam mendepani arus globalisasi.

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Abd Wahab, M. T., Wahid, A., & Jaafar, R. (2026). Naratif pengurusan teknologi dalam novel terpilih Shahnon Ahmad berdasarkan terapan teori semiotik: (The narrative of technology management in selected novels by Shahnon Ahmad based on the application of semiotic theory). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 5(1), 1-32. https://doi.org/10.32890/rentas2026.5.1.1

Research impact

Harvested 2026-09-14
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/rentas2026.5.1.1 OpenAlex W7171975108 Semantic Scholar CorpusID 290786069

References

Abu Bakar Abdul Hamid. (1997). Diskusi sastera: Kesusasteraan moden. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Amran. (2002, December 28). Pengurusan [Kertas kerja dibentangkan dalam Bengkel Pengurusan]. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Andrew F. Sikula. (1999). Personnel administration and human resources management. John Wiley & Sons.

Azman Che Omar. (2003). Pengurusan di Malaysia dari perspektif Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Barthes, R. (1977). Image, music, text (S. Heath, Trans.). Hill and Wang. (Original work published 1977).

Barthes, R. (1989). The rustle of language. University of California Press.

Beden, S. (2018). Perancangan bestari dalam Hikayat Khoja Maimun: Aplikasi prinsip perancangan dalam pendekatan pengurusan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 1–10. https://jurnalmelayu.my/jurnal/index.php/JPBM/article/view/839

Berniker, E. (1987, June). Understanding technical systems [Paper presentation]. Symposium on Management Training Programs: Implications of New Technologies, Geneva, Switzerland.

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, & Osman Bakar. (1996). Teknologi menurut perspektif Barat dan Islam. Jurnal Usuluddin, 3, 147–155.

Dessler, G. (2004). Management: Principles and practice for tomorrow’s leaders (3rd ed.). Pearson Education.

Fathin Noor Ain Ramli, Azhar Wahid, & Halim Ali, A. (2023). Metode pengurusan sastera. Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Mohamad Zubir Ismail, & Mohamad Mokhtar Hassan. (2017). Pendekatan pengurusan: Satu metode dalam dunia kritikan. Jurnal Melayu.

Jaafar Muhamad. (1999). Asas pengurusan. Penerbit Fajar Bakti.

Juhary Hj Ali, & Ishak Ismail. (2004). Prinsip dan amalan pengurusan. Universiti Utara Malaysia Press.

Juraime, F., & Mohd Hamzah, M. I. (2023). Kepimpinan teknologi pengetua dalam pengurusan sekolah. Proceedings of the 3rd Regional Conference on Educational Leadership and Management, 324–334.

Kamarudin Husin, & Siti Hajar Abdul Aziz. (1998). Pengajian Melayu 4: Kesusasteraan dan pengajaran. Kumpulan Budiman.

Koontz, H., & Weihrich, H. (1997). Pengurusan (M. S. Mohd, Trans.). Dewan Bahasa dan Pustaka. (Original work published in English).

Ladjaharun, H., & Musa, K. (2024). Kepimpinan teknologi pengetua guru besar dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 11(4).

Ladjaharun, H., & Musa, K. (2024). Memahami kepemimpinan teknologi dalam sektor pendidikan. International Journal of Advanced Research in Education and Society.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2013). Pendekatan pengurusan: Satu metode dalam kritikan sastera. Jurnal Melayu.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2023). Sejarah, definisi, konsep dan prinsip pendekatan pengurusan. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 13(1), 1–10. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.fa.1.2022

Mohamad Zuber Ismail, Beden, S., & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2014). Prinsip perancangan: Penelitian berdasarkan cerita-cerita rakyat. Prosiding International Conference in Commemoration of the 50th Anniversary of the Department of Malay-Indonesian Studies, Hankuk University of Foreign Studies.

Nofia, V. S. S., & Bustam, M. R. (2022). Analisis semiotika Roland Barthes pada sampul buku Five Little Pigs karya Agatha Christie. Mahadaya: Jurnal Bahasa, Sastra, dan Budaya, 2(2), 143–156. https://doi.org/10.34010/mhd.v2i2.7795

Norsaliza Mohd Shuhaini. (2021). Pengurusan intelek kanak-kanak berdasarkan prinsip kepimpinan dalam animasi Upin dan Ipin (Tesis sarjana tidak diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rahman Shaari. (2001). Bimbingan istilah sastera. Utusan Publications.

Rahman Shaari. (2001). Pemikiran dan gaya pengarang. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. (1974). Sampah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. (1995). Kemelut. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. (1995). Tivi. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sikula, A. F. (1999). Personnel and human resource management (6th ed.). Allyn & Bacon.

Sobur, A. (2003). Komunikasi dalam perspektif semiotik. Remaja Rosdakarya.

Tuan Rusmawati Raja Hassan, & Nooratikah Daud. (2023). Konflik wanita dalam cerpen-cerpen terpilih Mawar Safei. Jurnal Melayu, 22(1), 52–66.

Wibisono, P., & Sari, Y. (2021). Analisis semiotika Roland Barthes dalam film Bintang Ketjil karya Wim Umboh dan Misbach Yusa Bira. Jurnal Ilmu Komunikasi.