Situasi penggunaan deiksis 'so' dalam mesyuarat pengurusan (The use deixis ‘so’ in administration meetings)

Main Article Content

Winddy Kinduo
Saidatul Nornis Hj. Mahali

Abstract

Peralihan kod merupakan satu fenomena melibatkan pengungkapan istilah daripada bahasa berbeza dengan bahasa yang sedang digunakan. Alih kod bukanlah perkara asing kerana keupayaan pengguna bahasa dalam menuturkan lebih daripada satu bahasa diyakini membuka ruang kepada penggunaan lebih daripada satu bahasa dalam peristiwa bahasa. Meskipun alih kod memperlihat keupayaan penutur dalam berbahasa, namun tidak dinafikan ia sebenarnya mencerminkan penuturnya tidak menguasai sistem bahasa terutama kosa kata bahasa yang digunakan. Justeru, kajian ini bertujuan menghuraikan perihal peralihan kod dalam tuturan 49 guru di SMK Simpangan, Beluran, Sabah yang menumpu secara khusus kepada pengungkapan deiksis so sebagai item alih kod. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis teks. Data dikumpul dan dirakam melalui mesyuarat guru secara dalam talian. Data kemudiannya dianalisis secara teks secara satu persatu untuk mengesan kesemua item alih kod so berteraskan teori deiksis oleh Huang (2015). Hasil analisis mendapati terdapat lima peranan deiksis so, yakni diguna untuk merumus, menyambung topik atau sebelumnya, penanda hubungan, mengemukakan huraian untuk menjelaskan pernyataan terdahulu dan mengemukakan maklumat baharu. Beberapa faktor peralihan kod dikenal pasti, yakni pengaruh pendidikan bahasa yang diperoleh sejak awal usia, amalan peminjaman kata melibatkan pertimbangan terhadap perihal tertentu dan pertembungan dua bahasa. Oleh yang demikian, hasil analisis penggunaan penanda wacana so dalam tuturan para guru di sekolah berkenaan membuktikan bahawa bahasa memiliki sifat ‘hidup’, maka tentulah suatu bahasa itu tidak terlepas daripada perkembangan dan sebaran peristilahan daripada suatu bahasa lain. Penggunaan penanda wacana itu telah sebati sebagai sebahagian daripada penanda komunikasi lisan penutur bahasa di Sabah yang menyebabkan ia sukar dihilangkan daripada proses komunikasi.

Article Details

Section

Articles

How to Cite

Kinduo, W., & Hj. Mahali, S. N. (2023). Situasi penggunaan deiksis ’so’ dalam mesyuarat pengurusan: (The use deixis ‘so’ in administration meetings). RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 2(1), 113-139. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.5

Research impact

Harvested 2026-09-06
2 citations, from OpenAlex — the highest of the sources checked

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/rentas2023.2.5 OpenAlex W4386769779 Semantic Scholar CorpusID 261996628

References

Ariffin, K., & Rafik-Galea, S. (2009). Code-switching as a communication device in conversation. Language & Society Newsletter, 5(9), 1-19.

Asmah Hj. Omar. (2004). Penyelidikan, pemupukan dan pengajaran bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (2015). Kaedah penyelidikan bahasa di lapangan (edisi kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cahyani, H., Courcy, M., & Barnett. (2018). Teachers‟ code-switching in bilingual classrooms: exploring pedagogical and sociocultural functions. International Journal of Bilingual Education and Bilingualism, 21(4), 465-479. https://doi.org/10.1080/13670050.2016.1189509.

Farah Syuhada Roslan, Noorzaina Idris & Jelani Sulaiman. (2023). Effectiveness of using code-switching and the perceptions of teachers in practicing codeswitching in English classrooms in SMK USJ 23, Selangor. al-Sirat, 1(23), 64-74.

Fuzirah Hashim & Ahmad Aminuddin Soopar. (2022). Bahasa komunikasi atas talian dalam suasana akademik. Gema Online® Journal of Language Studies, 22(4), 261-278. http://doi.org/10.17576/gema-2022-2204-15.

Hazlina Abdul Halim (2012). Pengaruh bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam strategi penukaran kod bahasa Perancis. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 12(2), 693-709.

Huang, Yan. (2015). Pragmatik. (Terj) Puteri Roslina Abdul Wahid. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.

Idris Aman. (2010). Analisis wacana. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Indirawati Zahid. (2007). Aspek prosidi dalam berbahasa penutur bukan Melayu. Jurnal Bahasa, 7(1), 22-40.

Jariah Mohd Jan. (2006). Let me finish: Language and power interplay in public discussion. Jurnal Bahasa Jendela Alam, 3, 378-405.

Kamus Dewan Edisi Keempat, Cetakan Kedua. (2016). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuang C. H. (2006). Signs of becoming bilingual: A study of a Malaysian child under two. In M. K. David (Ed.), Language choices and discourse of Malaysian families: Case studies of families in Kuala Lumpur (pp. 76-100). Strategic Information and Research Development Centre.

Md Sidin Ahmad Ishak & Mohd Salleh Rahamad. (1998). Strategi bahasa: Panduan nahu dan retorik untuk penulisan. Penerbit Universiti Malaya.

Mimi Suhana Hakim, Nur Afiqah Ahmad Raof, & Sa’adiah Ma’alip. (2021). Percampuran kod dalam kalangan peniaga dalam talian di instagram. Jurnal Melayu, Isu khas, 579-601.

Mohammad Fadzeli Jaafar. (2013). Penanda wacana dalam teks Melayu lama berunsur sejarah. Jurnal Bahasa, 13(2), 243-258.

Mohammad Fadzeli Jaafar & Norsimah Mat Awal. (2020). Variasi linguistik di greater kl. Gema Online Journal of Language Studies, 20(2), 83-95. http://doi.org/10.17576/gema-2020-2002-05.

Monaliza Sarbini-Zin, Rosnah Mustafa, Haikal H. Zin & Radina Mohamad Deli. (2012). ‘Lang’ kah ‘pintu’? perubahan leksikal masyarakat Melayu Sarawak dewasa ini. Issues in Language Studies, 1(2), 33-37.

Muthusamy, P. (2009). Communicative functions and reasons for code switching: A Malaysian perspective. Language & Society, 5(6), 1-16.

Muthusamy, P. (2017). Komunikasi percampuran kod dalam masyarakat. Journal of Business and Social Development, 5(1), 36-48.

Nor Diyana Saupi & Mohammad Fadzeli Jaafar. (2020). Penanda wacana adapun dalam manuskrip Taj al-Salatin. Jurnal Bahasa, 20(1), 1-20. http://doi.org/10.37052/jb.20(1)no1.

Noraisah Masri & Ernawita Atan. (2022). Percampuran kod masyarakat melayu bilingual dalam aplikasi whatsapp. Jurnal Pertanika Mahawangsa, 9(2), 111-122.

Norhuda Salleh, Romlah Ramli, Noor Syakirah Zakaria, & Ahmad Faisal Mohamed Fiah. (2022). Code-switching among the indigenous people of Sarawak. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 7(29), 448-465. http://doi.org/10.35631/ijlgc.729032.

Noriah Mohamed. (1998). Sosiolinguistik bahasa Melayu lama di Malaysia. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Nur Iylia Mohd Noor Be, Muhammad Anas Zakwan Sabri, Atif Che Adnan & Nor Aisyah Ahmad. (2022). The impact of code switching in starbucks service encounters. International Journal of Social Science Research, 4(2), 161-169.

Othman Ismail, Adlin Nadhirah Mohd Roslan, & Malissa Maria Mahmud. (2021). The occurrence of code-switching among Malaysian undergraduates on whatsapp: review of the literature. European Journal of English Language Teaching, 6(5), 23-38. http://doi.org/10.46827/ejel.v6i5.3848.

Paramasivam Muthusamy, Rajantheran Muniandy, Silllalee. S. Kandasamy, Omrah Hassan @Hussin, Manimaran Subramaniam & Atieh Farashaiyan. (2020). Factors of Code-Switching among Bilingual International Students in Malaysia. International Journal of Higher Education, 9(4), 332-338. https://doi.org/10.5430/ijhe.v9n4p332.

Radina Mohamad Deli, Rosnah Mustafa & Monaliza Sarbini-Zin. (2012). Word familitary and lexical change: The case of Sarawak Malay Dialect. Issues in Language Studies, 1(2), 17-23. https://doi.org/10.33736/ils.1690.2012.

Rasyiqah Batrisya Md Zolkapli, Hairul Azhar Mohamad, Muhammad Luthfi Mohaini, Nadiah Hanim Abdul Wahab & Pavithran Ravinthra Nath. (2022). Code-switching and code-mixing in the practice of judgement writing in malaysia. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 30(3), 1365-1382. https://doi.org/10.47836/pjssh.30.3.23.

Rozita Che Rodi. (2022). Hati budi Melayu sebagai simbol peradaban masyarakat: Analisis kata fokus “Ilmu” berdasarkan teori medan makna. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1, 157-180. https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.6

Shaharir Mohamad Zain. (2022). Beberapa isu pemperibumian linguistik bahasa Melayu. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 1(1), 1-49. https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.1

Siti Hamin Stapa & Nurul Nadiah Begum Sahabudin Khan. (2016). Functions of Code-Switching: A Case Study of a Mixed Malay Chinese Family in the Home Domain. Pertanika Journal Social Sciences & Humanities, 24(3), 181-194.

Song, J. (2019). Language socialization and code-switching: a case study of a Korean-English bilingual child in a Korean translational family. International Journal of Bilingual Education and Bilingualism, 22(2), 91-106. https://doi.org/10.1080/13670050.2016.1231165.

Syamimi Turiman. (2020). The use of discourse marker ‘so’ in the Malaysian ESL job interviews. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 10(2), 14-24. https://doi.org/10.15282/ijleal.v10.4212.

Xiaofang, Q. (2017). Pedagogic and social functions of university EFL teachers classroom codeswitching. International Journal of Language and Linguistics, 5(6), 179. https://doi.org/10.11648/j.ijll.20170506.13.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2017). Bahasa kebangsaan dalam masyarakat multibahasa: Amalan di Malaysia. Dlm. Karim, N. S (Peny.), Perancangan bahasa: Ideologi bahasa Melayu (hlm. 117). Dewan Bahasa dan Pustaka.