Peranan dan cabaran ejen persuratan dalam pengantarabangsaan sastera kontemporari Melayu (The role and challenges of literary agents in the internationalization of contemporary Malay literature)
Main Article Content
Abstract
Ejen Persuratan atau Literary Agent sebagai orang tengah berperanan menjaga hak kepentingan dan memasarkan harta intelek seseorang penulis. Tanggungjawab seorang ejen persuratan, antara lainnya mencari syarikat penerbitan yang bersesuaian dengan karya penulis, mengurus proses rundingan hak cipta dan kontrak penerbitan, serta memantau pembayaran royalti. Selain itu, mereka juga menyelia urusan perundangan ketika proses alih wahana daripada buku kepada media lain seperti bahan untuk siaran televisyen, filem, muzik, teater, atau apa sahaja bentuk karya yang melibatkan harta intelek seseorang penulis. Namun begitu, jika dibandingkan dengan kedudukan ejen dalam industri buku berbahasa Inggeris di United Kingdom dan Amerika Syarikat, kesedaran tentang kewujudan dan peranan ejen persuratan di Malaysia masih lagi rendah. Di Malaysia, peranan ejen persuratan hanya diperlukan secara khusus apabila penulis cuba memasarkan karya mereka ke peringkat antarabangsa. Fungsi dan peranan lain mereka tidak digunakan sepenuhnya. Kesannya, hasil penerbitan sastera kontemporari negara ini belum dapat menembusi pasaran dengan lebih luas. Bagi tujuan itu, penelitian ini menggunakan kaedah analisis tekstual untuk merungkai pendapat sarjana berkenaan peranan dan cabaran ejen persuratan dalam mengangkat sastera berbahasa Melayu serta menghuraikan secara terperinci kedudukan mereka dalam kerangka sastera Melayu kontemporari. Objektif kajian ini adalah untuk meluaskan wacana tentang ejen persuratan, merangkumi peranan pada masa kini, dan fungsi ejen persuratan yang boleh dikembangkan lagi demi memastikan tradisi sastera Melayu lebih berdaya saing terutamanya di peringkat antarabangsa. Dapatan kajian membuktikan kewujudan ejen persuratan dalam industri sastera akan menjadi tulang belakang dan pemangkin yang mencetus semangat penulis baharu dari Malaysia untuk terus berkarya.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-14Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Admin. (2020, May 30). How do I get published in Malaysia? Dicapai pada November 28, 2020, daripada https://teaspoonpublishing.com.my/2020/05/08/how-to-get-published-in-malaysia/
Aliff Basri. (2018, September). Ejen hak cipta: memperdagangkan sastera. Dewan Sastera, 9, 14-18.
Devina Heriyanto. (2019, March 25). Where are the literary agents? Missing link in Indonesian publishing industry. TheJakartaPost. https://www.thejakartapost.com/life/2019/03/25/literary-agents-indonesia-publishing-london-book-fair
Hane, Z., Zats, L., (Presenters). (2021, March 15). Taste and agency [Audio podcast]. In L. Zats, Z. Hane (Creators and Hosts), Print Run Podcast. Dicapai daripada https://tinyurl.com/taste-agency
Hani Salwah Yaakup. (2018). Tombiruo: Adaptasi novel ke filem dan representasi kepercayaan setempat. Jurnal Komunikasi (Malaysian Journal of Communication), 34(2), 323-337. https://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/26166
McGrath, L. B. (2021). Literary Agency. American Literary History, 33(2) 1-21. https://doi.org/10.1093/alh/ajab044
Muhammad Haji Salleh., (2003, Ogos 30). Penulis Malaysia di pentas antarabangsa. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Pengantarabangsaan Sastera Melayu, Pulau Pinang, Malaysia.
Nisah Haron. (2018, September). Ejen persuratan sastera Melayu: Mencari acuan sendiri. Dewan Sastera, 9, 8-13.
Osterwalder, A., & Pigneur, Y. (2010). Business model generation: A handbook for visionaries, game changers, and challengers. New Jersey: John Wiley & Sons.
Raffles, T. S. (1821). Sejarah Melayu. (J. Leyden, Trans.). Kuala Lumpur: Silverfish Books. (Original work published 1821)
Shahnon Ahmad. (1968). Ranjau sa-panjang jalan (edisi ke-2.). Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu Berhad.
Thompson, B. J. (2012). Merchants of culture: The publishing business in the twenty-first century. Cambridge: Polity.