Analisis kata kunci dalam soalan karangan Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menggunakan perisian ATLAS.ti 9 (Keyword analysis in the Malay essay questions of the Malaysian Certificate of Studies (SPM) using ATLAS.ti 9)
Main Article Content
Abstract
Perisian ATLAS.ti 9 telah banyak digunakan dalam bidang penyelidikan. Perisian ini mampu diaplikasikan bagi menganalisis koleksi data secara sistematik terutama dalam bentuk teks. Berdasarkan perkembangan ini, penggunaan perisian ATLAS.ti 9 bagi menganalisis soalan karangan wajar dipraktikkan bagi mewujudkan proses analisis yang bersistematik. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menganalisis kata kunci yang sering digunakan dalam soalan karangan bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membentuk kata kunci utama. Data kajian menggunakan soalan karangan SPM percubaan, soalan karangan SPM ulangan dan soalan karangan SPM sebenar dari tahun 2010 hingga tahun 2020. Alat Pembinaan Soalan Kajian (RQDT), iaitu PICo yang mewakili Populasi, Fokus atau Minat dan Konteks diadaptasi bagi membolehkan aspek utama soalan karangan dapat dikategorikan untuk dianalisis. Kaedah analisis tematik Braun & Clarke dipraktikkan dengan bantuan perisian ATLAS.ti 9 bagi menghasilkan tema tertentu pada setiap kod yang dibina. Tema-tema yang mewakili keseluruhan kata kunci seterusnya dirujuk kepada dua pakar dalam bidang penulisan karangan SPM bagi mendapatkan kesahan. Berdasarkan penyelidikan ini, didapati soalan karangan SPM dapat dikategorikan kepada tiga aspek utama berdasarkan PICo. Selain itu, wujud enam kata kunci utama yang mewakili aspek Populasi, tiga kata kunci utama yang mewakili aspek Fokus dan 12 kata kunci utama yang mewakili Konteks. Perkongsian proses penyelidikan ini penting bagi menjana inovasi guru-guru dalam proses menganalisis sesuatu bahan serta memberi pendedahan berkaitan perisian serta kaedah analisis terkini dalam penyelidikan. Selain itu, hasil kajian ini juga membolehkan penulisan karangan murid mampu difokuskan pada kehendak soalan berdasarkan tiga aspek utama serta tiga kata kunci utama yang sekali gus membuka peluang untuk perkembangan kajian lanjutan berkaitan inovasi dalam penulisan karangan.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-14Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Ainul Zakiah Abu Bakar, Lalitha Ganesan, Mohhidin Othman, Sharifah Azizah Haron, & Farah Adibah Che Ishak. (2020). Where to eat: Exploring silver consumer restaurant dining choice in Malaysia. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 28(4), 3297–3317. https://doi.org/10.47836/PJSSH.28.4.44
Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101. https://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa
Braun, V., & Clarke, V. (2008). Using thematic analysis in psychology,Qualitative Research in Psychology. Journal of Chemical Information and Modeling, 3(2), 77–101. https://doi.org/https://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa
Gunaseraran, G. N. A. (2017). Meningkatkan Kemahiran Memodifikasikan Karangan Jenis Keperihalan Kepada Laporan Menggunakan Teknik Penjelmaan. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 1107–1120. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.654
Hayrol Azril, Nobaya Ahmad, Samsul Farid Samsuddin, Asnarulkhadi Abu Samah, & Mas Ernawati Hamdan. (2020). Systematic literature review on adaptation towards climate change impacts among indigenous people in the Asia Pacific regions. Journal of Cleaner Production, 258. https://doi.org/10.1016/j.jclepro.2020.120595
Hayrol Azril, Samsul Farid Samsuddin, & Asnarulkhadi Abu Samah. (2020). The ABC of systematic literature review: the basic methodological guidance for beginners. Quality and Quantity, 0123456789. https://doi.org/10.1007/s11135-020-01059-6
Hill, E., Claessen, M., Whitworth, A., Boyes, M., & Ward, R. (2018). Discourse and cognition in speakers with acquired brain injury (ABI): a systematic review. International Journal of Language and Communication Disorders, 53(4), 689–717. https://doi.org/10.1111/1460-6984.12394
Jalil, A. G. (2017). Tingkah Laku Dan Proses Semasa Menulis Karangan Respons Terbuka Murid Berprestasi Rendah. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 951–958. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.637
Johnson, B. T., & Hennessy, E. A. (2019). Systematic reviews and meta-analyses in the health sciences: Best practice methods for research syntheses. Social Science and Medicine, 233, 237–251. https://doi.org/10.1016/j.socscimed.2019.05.035
Johnson, E. C., Horwood, J., & Gooberman-Hill, R. (2014). Conceptualising time before surgery: The experience of patients waiting for hip replacement. Social Science and Medicine, 116(May 2015), 126–133. https://doi.org/10.1016/j.socscimed.2014.06.037
Linares-Espinós, E., Hernández, V., Domínguez-Escrig, J. L., Fernández-Pello, S., Hevia, V., Mayor, J., Padilla-Fernández, B., & Ribal, M. J. (2018). Methodology of a systematic review. Actas Urológicas Españolas (English Edition), 42(8), 499–506. https://doi.org/10.1016/j.acuroe.2018.07.002
Marzni Mohamed Mokhtar, & Marni Jamil. (2020). Penggunaan Kata-Kata Hikmat , Tokoh dan Peribahasa dalam Proses Penulisan Karangan Argumentatif : Strategi Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kalangan Murid. Global Journal Al-Thaqafah, 10(1), 58–64. http://www.gjat.my/gjat2020vol10/8.pdf
Othman, Y., & Suzanawaty, D. (2014). Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah. Malay Language Education Journal, 4(Mei), 19–29.
Saad, N. S. M., Yunus, M. M., & Embi, M. A. (2014). The successes and challenges in English language learning experiences of postgraduate international students in Malaysia. Mediterranean Journal of Social Sciences, 5(19), 206–217. https://doi.org/10.5901/mjss.2014.v5n19p206
Tawfik, G. M., Dila, K. A. S., Mohamed, M. Y. F., Tam, D. N. H., Kien, N. D., Ahmed, A. M., & Huy, N. T. (2019). A step by step guide for conducting a systematic review and meta-analysis with simulation data. Tropical Medicine and Health, 47(1), 1–9. https://doi.org/10.1186/s41182-019-0165-6