Unsur konflik dalam kartun ‘Aku Budak Minang’: Kajian dari perspektif psikologi (Elements of conflict in Aku Budak Minang cartoon: A psychological perspective)
Main Article Content
Abstract
Dalam konteks kehidupan, umum sedia maklum bahawa manusia tidak terlepas daripada menghadapi masalah hidup yang antara lain penyebab tercetusnya konflik. Golongan yang amat terdedah kepada konflik ialah golongan remaja. Ini kerana, remaja ialah golongan yang beremosi disebabkan jiwa golongan ini sangat mudah tersentuh sekiranya tersalah didik. Mewakili watak-watak manusia dalam realiti, setiap watak kartun yang dihasilkan merupakan cerminan daripada pandangan umum tentang perihal positif dan negatif yang berlaku dalam masyarakat. Sama seperti karya sastera yang lain, penceritaan dalam kartun juga sedikit sebanyak turut mengetengahkan isu berkaitan konflik yang berlaku dalam kehidupan harian masyarakat yang boleh dijadikan iktibar oleh golongan remaja. Namun, kajian isu konflik dalam kartun masih kurang dilakukan. Disebabkan inilah, maka artikel ini dihasilkan untuk membicarakan tentang konflik keluarga dan masyarakat yang dipaparkan menerusi kompilasi kartun ‘Aku Budak Minang’ karya popular kartunis legenda negara, Ujang. Objektif artikel ini ialah mengklasifikasikan dan menganalisis unsur konflik yang terdapat dalam kartun ‘Aku Budak Minang’ daripada perspektif psikologi menggunakan teori Humanistik Abraham Maslow. Kajian ini telah menggunakan kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan untuk mendapatkan data yang sesuai dan bertepatan dengan objektif kajian. Hasil kajian mendapati teks kartun ini menyentuh tentang aspek konflik seperti konflik keluarga, konflik diri dan konflik rakan sebaya. Daripada penelitian yang dilakukan juga mendapati bahawa konflik yang berlaku kepada watak mampu ditangani oleh remaja yang berkonflik apabila mereka melihatnya dari sudut yang positif. Analisis yang dilakukan juga mendapati bahawa Ujang berjaya memberikan gambaran tentang masyarakat berdasarkan paparan konflik semasa dalam karyanya ini.
Article Details
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-14Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
References
Arieff Salleh Rosman & Wardah Mokhtar. (2005). Remaja Sukses: 13 formula hidup sukses untuk remaja. PTS Millenia Sdn. Bhd.
Arum Rizka Nursantari. (2018). Konflik sosial dalam novel O karya Eka Kurniawan (Kajian konflik sosial Lewis A. Coser). BAPALA, 5 (2), 1-7.
Barnes, H. L. & Olson, D. H. (1985). Parent-adolescent communication and the circumplex model. Child Development, 56. 438-447. https://doi.org/10.2307/1129732
Faziela Abu Bakar @ Che Din & Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi. (2016). Unsur konflik dalam novel remaja terpilih. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM (Malay Language Education Journal - MyLEJ), 6 (1), 52-63.
Haslinda Mohamad Saad & Mahani Ibrahim. (2008). Etnografi komunikasi dalam novel Seteguh Karang. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Kesusasteraan Kanak-kanak di UPM, Serdang pada 12-13 November 2009.
Hsieh, H. F., & Shannon, S. E. (2005). Three Approaches to Qualitative Content Analysis. Qualitative Health Research, 15, 1277-1288. http://dx.doi.org/10.1177/1049732305276687
Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi: Satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana. (2004). Proses penulisan kreatif. Singapura: EDN Media.
Margaretha Erwina Sipayung. (2016). Konflik sosial dalam novel Maryam karya Okky Madasari: Kajian sosiologi sastra. Jurnal Ilmiah Kebudayaan SINTESIS, 10 (1), 22-34.
Maslow, A.H. (1970). Motivation and personality (2nd Edition). Harper & Row Publisher.
Mat Nor Hussin, & Ab. Rahman Ab. Rashid. (1988). Alat bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa. Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Mayring, P. (2015). Qualitative content analysis: Theoretical background and procedures. In A. Bilker-Ahsbahs, C. Knipping, & N. Presmeg. (Eds.). Approaches to qualitative research in mathematics education: Examples of methodology and methods. (pp. 365-380). Switzerland: Springer.
McCollum, S. (2009). Managing conflict resolution: Character education. New York: Chelsea House.
Mohd Shaffie Abu Bakar. (1991). Metodologi Penyelidikan edisi ke-2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Montemayor, R. & Hanson, E. (1985). A naturalistic view of conflict between adolescents and their parents and siblings. Early Adolescence. 5(1). 23-30.
Muliyadi Mahamood. (2010). Dunia kartun menyingkap pelbagai aspek seni kartun dunia dan tempatan. Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2016). Pengurusan konflik dalam cerita rakyat Nusantara abad ke-19. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (2), 37-43.
Nirwana Sudirman & Zulkifley Hamid. (2016). Pantun Melayu sebagai cerminan kebitaraan perenggu minda Melayu. Jurnal Melayu, 15(2), 145-159.
Nor Shafrin Ahmad, Zainal Ariffin Ahmad, Mohamad Hashim Osman & Susie See Ching Mey (2009). Pengenalan kepada konflik, amarah, stress dan krisis dalam organisasi. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Nurhayati Diana Musa. (2015). Konflik-konflik dalam drama Shaharom Hussain. Tesis Sarjana tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia.
Robbins, S. P & Judge, T. (2008). Essentials of organizational behavior (9th Editions). UK: Pearson.
Rosnani Md. Zain & Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi. (2018). Unsur konflik dalam novel Nenek karya Razali Endun. Malay Literature, 31(1), p. 124-142. ISSN 2682-8030.
Siti Zuhaidah Zakeria & Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi. (2014). Konflik dalam Cerita Rakyat dan kesannya kepada kanak-kanak. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 5, 185 - 206. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1201
Ujang. (2010). Aku budak Minang. Creative Enterprise Sdn. Bhd.