Strategi Pembelajaran Kosa Kata Berimbuhan Bahasa Arab
DOI:
https://doi.org/10.32890/mjli2016.13.1.6Keywords:
strategi pembelajaran kosa kata, kosa kata berimbuhan, bahasa ArabAbstract
Tujuan – Kajian ini bertujuan `untuk meneroka bentuk strategi yang digunakan oleh pelajar Melayu ketika mempelajari kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab. Metodologi – Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan protokol berfikir lantang, pemerhatian dan temu bual sebagai instrumen pungutan data. Kerangka konseptual kajian ini dibina berasaskan teori strategi pembelajaran bahasa (SPB) dan strategi pembelajaran kosa kata (SPKK). Seramai 17 pelajar tingkatan enam dari dua buah sekolah dipilih sebagai peserta kajian ini. Mereka diberi tugasan mempelajari 13 kosa kata berimbuhan bahasa Arab. Data protokol berfikir lantang dan temu bual dianalisis untuk mencari tema dan diberi kod. Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian menggunakan pelbagai pola strategi pembelajaran kosa kata ketika belajar kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab. Namun tahap penggunaan strategi dalam kalangan peserta adalah rendah. Kepentingan – Satu implikasi utama dari kesimpulan ialah pelajar mesti diajar dan didedahkan dengan strategi pembelajaran kosa kata berimbuhan. Mereka mesti dibimbing dan dilatih untuk memilih dan menggunakan strategi pembelajaran kosa kata secara berkesan.Metrics
Additional Files
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Disclaimer
The Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) has taken all reasonable measures to ensure that material contained in this website is the original work of the author(s). However, the Journal gives no warranty and accepts no responsibility for the accuracy or the completeness of the material; no reliance should be made by any user on the material. The user should check with the authors for confirmation.
Articles published in the Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) do not represent the views held by the editors and members of the editorial board. Authors are responsible for all aspects of their articles except the editorial screen design.