MENEROKA TINGKAH LAKU UNIK PELAJAR PINTAR CERDAS BERBAKAT AKADEMIK (Exploring Unique Behavior of Gifted Students with Academic Talented)

Authors

  • Md Jais Ismail Fakulti Muzik, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam Selangor, Malaysia
  • Hawa Aqilah Hamuzan Pusat GENIUS@pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Nurul Hafizah Maarof Pusat GENIUS@pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/mjli2021.18.2.11

Keywords:

Pintar cerdas, tingkah laku unik, kualitatif, temu bual, analisis tematik

Abstract

Tujuan - Tanpa sokongan daripada pihak sekolah dan ahli masyarakat, anak-anak pintar cerdas terdedah dengan peminggiran sosial dan risiko masalah psikologi seterusnya gagal dalam pelajaran. Kajian lepas membuktikan bahawa pelajar-pelajar pintar cerdas memiliki tingkah laku unik yang boleh membantu meningkatkan pencapaian keseluruhan mereka. Kajian ini bertujuan meneroka tingkah laku unik pelajar pintar cerdas yang ditunjukkan semasa berada di rumah, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, dan pergaulan bersama rakan di sekolah.
 
Metodologi - Kajian dijalankan menerusi pendekatan kualitatif di Kolej GENIUS@Pintar Negara yang merupakan tempat pengajian pelajar pintar cerdas berbakat akademik dari seluruh Malaysia. Responden terdiri daripada lima orang ibu bapa pelajar pintar cerdas, tiga orang pensyarah, dan enam orang pelajar pintar cerdas. Pengumpulan data melalui kaedah temu bual mendalam dan temu bual kelompok mengikut protokol temu bual yang dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik.
 
Dapatan - Keputusan menunjukkan tingkah laku unik pelajar pintar meliputi lakuan membaca dalam masa yang lama, suka menyendiri menyiapkan tugasan, kerap bertanya sehingga memperoleh jawapan yang konkrit, berbahas untuk mempertahankan jawapan, memberi komitmen yang tinggi, dan selalu melakukan aktiviti mencabar minda.
 
Signifikan - Kajian ini menjadi panduan kepada ibu bapa, guru-guru dan masyarakat untuk memahami pelajar pintar cerdas dengan lebih dekat lagi seterusnya mengelakkan risiko peminggiran pelajar pintar cerdas. Implikasi terhadap kaedah dan strategi pengajaran guru untuk disesuaikan dengan keunikan tingkah laku pelajar pintar cerdas di sekolah. Oleh itu, dapatan kajian ini dijangka dapat mengukuhkan program pendidikan pintar cerdas di Malaysia.

Metrics

Metrics Loading ...

Additional Files

Published

31-07-2021

How to Cite

Ismail, M. J. ., Hamuzan, H. A. ., & Maarof, N. H. . (2021). MENEROKA TINGKAH LAKU UNIK PELAJAR PINTAR CERDAS BERBAKAT AKADEMIK (Exploring Unique Behavior of Gifted Students with Academic Talented). Malaysian Journal of Learning and Instruction, 18(2), 301–328. https://doi.org/10.32890/mjli2021.18.2.11