Sumbangan Perubahan Teknologi Terhadap Pertumbuhan Output Industri Skel Kecil dan Sederhana di Malaysia

Authors

  • Rahmah Ismail Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Idris Jajri Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijms2009.16.2.3

Keywords:

Technical change, technological change, total factor productivity, output growth, small and medium industries

Abstract

Industri Skel Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang amat penting terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Bilangan pertumbuhannya yang banyak merangkumi hampir 90% daripada jumlah pertubuhan sektor pembuatan di Malaysia. Hal ini menjadikan industri ini mempunyai kemampuan yang tinggi dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Namun sumbangannya dari segi output tidak setimpal dengan bilangan pertubuhannya dan jauh lebih rendah daripada sumbangan Industri Skel Besar (ISB) yang banyak didominasikan oleh pelabur asing. Jumlah output atau nilai ditambah IKS hanya merangkumi sekitar 30% daripada keseluruhan ouput pembuatan. Keadaan ini ada kaitannya dengan rendahnya kecekapan IKS dalam mengendalikan aktiviti pengeluarannya dan teknologi yang digunakan jauh terkebelakang daripada yang berlaku dalam ISB. Kedua-dua komponen ini menyumbang kepada rendahnya Pertumbuhan Produktiviti Faktor Keseluruhan (TFPG) IKS. Artikel ini akan menganalisis perubahan kecekapan teknikal, perubahan teknologi dan TFPG dalam IKS. Seterusnya artikel ini melihat sejauh mana perubahan teknologi mempengaruhi pertumbuhan output IKS. Bagi mencapai objektif ini data IKS daripada Penyiasatan Industri Pembuatan, Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tempoh 1985-2003 digunakan. IKS didefinisikan sebagai industri dengan bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 200 orang. Data ini merangkumi 10 sub industri IKS pada tahap pengkelasan Industri Piawaian Malaysia (MSIC) 3 digit. Analisis kertas ini bermula dengan melihat perubahan kecekapan teknikal, perubahan teknologi dan TFPG yang berlaku dalam IKS dengan menggunakan kaedah Data Envelopment Analysis (DEA). Analisis seterusnya ialah menggunakan perubahan teknologi sebagai salah satu pemboleh ubah dalam model pertumbuhan output IKS bersama-sama dengan faktor modal dan buruh untuk melihat sejauh mana perubahan teknologi mempengaruhi pertumbuhan output. Analisis peringkat kedua ini menggunakan kaedah kuasa dua terkecil (OLS).

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Broga, H., & l. Willmore (1991). Technological imports and technological effort: An analysis of their determinants in Brazilian Firms. Journal of Industrial Economics, 39, 421-432.

Denison, Edward F. (1974). Accounting for U.S. Growth 1929-1969. Washington: The Brookings Institution.

Idris Jajri, & Rahmah Ismail. (2005). Total Factor Productivity Growth in Malaysian Manufacturing Sector. Kertas kerja dibentangkan dalam 9TH PRSCO Conference, Tokyo, Japan, July 2005.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2006). Maklumat Penyiasatan Industri Pembuatan, 2003. Kuala Lumpur. Jabatan Perangkaan Malaysia. Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan, Pelbagai Tahun. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI). (1996). Pelan Induk Perindustrian Kedua, 1996-2005, Ringkasan Eksekutif, Kuala Lumpur.

Lee Branstetter & Jong-Rong Chen (2006). The impact of technology transfer and R&D on productivity growth in Taiwanese industry. The Journal of the Japanese and International Economics, 20, 177-192.

Lucas, R.E. Jr. (1988). On the mechanics of economic development. Journal of Monetary Economics, 22, 3-42. IJMS 16 (2), 39-61 (2009) www.ijms.uum.edu.my

Malaysia. (2001). Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005. Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan Malaysia.

Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia ke Sembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan Malaysia.

Mahadevan, R. (2002c). Is there the real TFP growth measure for the Malaysia’s Manufacturing Sector. ASEAN Economic Bulletin, 19(2), 178-190.

Mahadevan, R. (2002b). A DEA approach to understanding the productivity growth of Malaysia’s manufacturing industries. Asia Pacific Journal of Management, 19(4), 587-600.

Mahadevan, R. (2002a). Is output growth of Korean manufacturing firms productivity driven? Paper presented at the 8th Convention of the East Asian Economic Association, 4-5 November, 2002, Kuala Lumpur.

Maisom, Abdullah, & Arshard Marshidi. (1992). Pattern of total productivity growth in Malaysia manufacturing industries, 1973-1989. Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.

Maisom, Abdullah, & Mohd Ariff. (1993). Total factor productivity growth in Malaysian resource based industries. Asian Economic Bulletin, 10(1).

Mihaela lulia Pintea & Peter Thompson, (2007). Technological complexity and economic growth. Review of Economics Dynamics, 10 (2) 276293.

Nik Hashim, Nik Mustapha. (1998). Output versus productivity growth in the manufacturing industry. An experience for sustainable development planning, Bengkel Fakulti Ekonomi, 19-21 Jun, Port Dickson.

Nik Hashim, Nik Mustapha, & Basri Abdul Talib. (2004). Technical efficiency and total factor productivity growth for manufacturing industries. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 2004.

Nor Rizan, Mohd. Thani. (1999). Pembangunan industri kecil dan sederhana di Malaysia: Analisis prestasi produktiviti. Kertas Ilmiah Sarjana, Fakulti Ekonomi, UKM.

Rahmah, Ismail, & Idris Jajri. (1999). Sources of productivity growth in large scale industries in Malaysia. Journal Ekonomi Malaysia 34, 5957.

Rahmah, Ismail, & Idris Jajri. (2001). Comparing total factor productivity in small and medium scale enterprises. In SMEs at the Crossroad, ed. Moha Asri Abdullah. United Kingdom: Wisdom House Publication.

Rahmah, Ismail, & Chai Nyet Fung. (2002). Sumbangan produktiviti keseluruhan terhadap output industri skel kecil dan sederhana: Satu analisis perbatasan stokastik. Jurnal Analisis, 9, 77-99. IJMS 16 (2), 39-61 (2009) www.ijms.uum.edu.my

Rahmah, Ismail. (2007). Pembangunan sumber manusia dalam industri skala kecil dan sederhana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Romer, P. (1989). Capital accumulation and long-run growth, in R.J. Barro ed. Modern business cycle theory, MA Cambridge, MA: Harvard University Press.

Schultz, T.W. (1961). Investment in human capital. American Economic Review, 51(1), 1-17.

Solow, R.M. (1956). A contribution to theory of economic growth. Quarterly Journal of economics, 70, 65-94.

Solow, R.M. (1957). Technical change and the agregate productions function. The Review of Economic Statistics, Vol. XXXIX. August: 312-319.

Tham Siew Yean. (2000). Ukuran dan penentuan produktiviti faktor keseluruhan sektor pembuatan di Malaysia. Dalam Ekonomi Malaysia Menghadapi dan Menangani Cabaran disunting oleh Md. Zhahir

Kechot, Mansor Jusoh. Penerbitan UKM. Bangi 2000. IJMS 16 (2), 39-61 (2009)

Downloads

Published

28-12-2009

Research impact

Harvested 2026-09-08
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/ijms2009.16.2.3

Most read articles by the same author(s)