Analisis Kecekapan Teknikal Firma Melayu dalam Sektor Pembuatan Malaysia

Authors

  • Rahmah Ismail Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norlinda Tendot Abu Bakar Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kecekapan teknikal, usahawan Melayu, syarikat Melayu, sektor pembuatan

Abstract

Penglibatan kaum Melayu sebagai usahawan semakin meningkat dan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Dalam mencapai hasrat ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai keistimewaan dan kemudahan kepada usahawan Melayu yang merupakan komponen terbesar Bumiputera. Walau bagaimanapun, kecekapan syarikat Melayu dilihat masih lagi rendah dan mereka juga kurang berdaya saing. Artikel ini bertujuan menganalisis dan mengenal pasti faktor penentu kecekapan teknikal (technical efficiency) syarikat milik Melayu dalam sektor pembuatan di Malaysia. Analisis diasaskan kepada 246 usahawan Melayu yang telah ditemubual menggunakan borang soal selidik pada tahun 2001/2002. Dalam mencapai objektif ini dua tahap penganggaran model dijalankan iaitu pertama, menganggarkan fungsi pengeluaran dengan menggunakan pendekatan perbatasan stokastik (stochastic frontier) untuk mendapatkan nilai kecekapan teknikal dan kedua menganggarkan Model Tobit untuk mengenal pasti faktor penentu tahap kecekapan teknikal. Keputusan penganggaran peringkat pertama menunjukkan purata kecekapan teknikal syarikat Melayu dalam sektor pembuatan adalah pada tahap sederhana, dengan subsektor keluaran logam yang direka, jentera, alat elektrik dan pengangkutan merupakan subsektor paling cekap, manakala subsektor keluaran bukan logam, kaca dan tembikar merupakan subsektor paling kurang cekap. Selanjutnya kajian ini mendapati saiz firma dan tahun bersekolah usahawan adalah signifikan dalam menentukan tahap kecekapan teknikal firma yang dikaji.

 

Additional Files

Published

18-12-2008

How to Cite

Ismail, R., & Abu Bakar, N. T. (2008). Analisis Kecekapan Teknikal Firma Melayu dalam Sektor Pembuatan Malaysia. International Journal of Management Studies, 15(2), 143–163. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9881