Amalan Perekrutan oleh Firma di Malaysia: Satu Kajian Empirikal

Authors

  • Tang Swee Mei Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia Universiti Utara Malaysia
  • Lim Kong Teong Fakulti Pengurusan Teknologi Universiti Utara Malaysia

Keywords:

perekrutan, pengetahuan, keberkesanan, kegunaan, kualiti

Abstract

Kajian ini bertujuan menyelidik amalan perekrutan semasa di Malaysia  khususnya terhadap jawatan pengurusan. la juga bertujuan untuk meneliti tahap pengetahuan personal dan tahap penggunaan teknik perekrutan. Seterusnya, kajian ini juga meninjau persepsi pengurus sumber manusia tentang keberkesanan teknik perekrutan dalam mendapatkan pekerja yang berkualiti dan yang dapat menunjukkan prestasi kerja yang tinggi. Berdasarkan kepada skor purata, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan personal terhadap teknik perekrutan adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap penggunaan oleh syarikat. Hasil kajian juga mengesahkan teknik perekrutan tradisional seperti iklan surat khabar, resume dan rujukan pekerja masih popular digunakan.

 

Additional Files

Published

25-02-2004

How to Cite

Mei, T. S., & Teong, L. K. (2004). Amalan Perekrutan oleh Firma di Malaysia: Satu Kajian Empirikal. International Journal of Management Studies, 11, 157–170. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9192