IMPAK BUDAYA POPULAR TERHADAP NILAI JATI DIRI KOMUNITI MELAYU ISLAM: SUATU KAJIAN PENEROKAAN DI PANTAI CHENANG, LANGKAWI, KEDAH

(The Impact Of Popular Culture On The Self-Value Of The Malay Islamic Community: An Exploratory Study At Chenang Beach, Langkawi, Kedah)

Authors

  • Norzaliza Ghazali Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia
  • Mohd Nizho Abdul Rahman Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia
  • Iskandar Adon Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia
  • Azman Md Zain Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.17

Keywords:

Budaya popular, identiti, jatidiri, melayu, Islam

Abstract

ABSTRAK

Pembentukan jati diri bangsa mempunyai kaitan dengan warisan budaya seperti kebudayaan yang dihasilkan oleh masyarakatnya sendiri. Dalam era globalisasi dan digitalisasi, budaya popular telah menjadi daya penggerak utama dalam membentuk landskap sosial dan psikologi individu. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi telah menyerap masuk ke dalam kehidupan seharian, mempengaruhi cara kita berfikir, dan bertindak. Institusi sosial dan agama dalam masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai sosial dan agama yang diwarisi. Pulau Langkawi, menjadi medan pertembungan budaya tempatan dan asing, terutamanya di kawasan pelancongan seperti Pantai Chenang. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan pendekatan etnografi. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya kepelbagaian bentuk-bentuk budaya popular antaranya ialah pertunjukan api, muzik jalanan, budaya lepak dan budaya makan serta hiburan malam. Budaya popular ini memberikan implikasi yang positif dan negatif kepada komuniti Melayu Islam di Pantai Chenang. Implikasi positif budaya popular ini membuka ruang kreativiti, inovasi dan dapat menjana ekonomi. Manakala implikasi negatif pula budaya popular membawa unsur yang bercanggah dengan norma agama dan budaya tempatan seperti pergaulan bebas, pakaian tidak sopan dan gaya hidup bebas. Justeru, nilai budaya sesuatu bangsa hanya boleh diterima sebagai asas jati diri bangsa tersebut jika ia bersesuaian dengan nilai-nilai agama. Oleh yang demikian, untuk meningkatkan kekuatan jati diri bangsa Melayu adalah dengan penghayatan agama yang sebenar berdasarkan kepada asas-asas pendidikan al-Quran dan al-Sunnah.

 ABSTRACT

The formation of national identity is intrinsically linked to cultural heritage, particularly the cultural traditions and practices developed by a community over generations. In the contemporary era of globalization and digitalization, popular culture has emerged as a significant force shaping individuals' social behaviour, values, and psychological orientations. Beyond functioning as a form of entertainment, popular culture has become deeply embedded in everyday life, influencing patterns of thought, emotions, and behaviour. At the same time, social and religious institutions continue to play a vital role in preserving and transmitting the religious and cultural values that underpin communal identity. As one of Malaysia's leading international tourist destinations, Langkawi, particularly Pantai Chenang represents a dynamic space where local and foreign cultures interact. This study employs a qualitative research design using an ethnographic approach to examine the manifestations of popular culture and their implications for the Malay-Muslim community in Pantai Chenang. The findings reveal various forms of popular culture, including fire performances, street music, leisure-oriented social gatherings (lepak culture), food culture, and nightlife entertainment. These cultural expressions generate both positive and negative consequences. Positively, they contribute to creativity, innovation, tourism development, and local economic growth. Conversely, they also introduce practices that may conflict with Islamic teachings and local cultural norms, including unrestricted gender interaction, immodest dress, and increasingly permissive lifestyles. Therefore, strengthening the identity of the Malay-Muslim community requires a comprehensive appreciation of Islamic teachings based on the principles of the Qur'an and the Sunnah.

Downloads

Published

31-07-2026

How to Cite

IMPAK BUDAYA POPULAR TERHADAP NILAI JATI DIRI KOMUNITI MELAYU ISLAM: SUATU KAJIAN PENEROKAAN DI PANTAI CHENANG, LANGKAWI, KEDAH: (The Impact Of Popular Culture On The Self-Value Of The Malay Islamic Community: An Exploratory Study At Chenang Beach, Langkawi, Kedah). (2026). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 4, 299-312. https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.17

Similar Articles

21-29 of 29

You may also start an advanced similarity search for this article.