SEJARAH KEKELUARGAAN DALAM CABANG ILMU SEJARAH : KAJIAN ASAS TERHADAP KELUARGA BROOKE DAN GOH DI SARAWAK

(Family History In The Branch Of History: A Brief Study Of The Brooke And Goh Families In Sarawak)

Authors

  • Yusry Sulaiman Unit Sejarah dan Kenegaraan Malaysia, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.13

Keywords:

Sejarah Kekeluargaan, Dinasti Brooke, Historiografi, sosioekonomi, modal sosial

Abstract

ABSTRAK

Sejarah Kekeluargaan adalah satu kajian mengenai salasilah berdasarkan naratif kehidupan dan asal usul nenek moyang yang membentuk identiti unik sesebuah generasi. Usaha mengkaji sejarah amat penting kerana ini bukan sahaja berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan masa lalu dengan masa kini bagi membina jati diri yang utuh malah dapat mengambil sebagai pengajaran berdasarkan pengalaman terdahulu bagi mengukuhkan ikatan silaturahim antara ahli keluarga. Dalam konteks lebih luas, institusi kekeluargaan merupakan penyumbang utama dalam mengubah perspektif ekonomi melalui pola perbelanjaan yang matang serta penyediaan modal insan yang berkualiti. Ini sama ada menerusi pendidikan atau pun pembangunan perniagaan warisan yang menyumbang secara langsung kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara. Secara umumnya Sejarah Kekeluargaan atau genealogi adalah kajian mengenai salasilah dan sejarah kehidupan ahli keluarga. Ini bukan sekadar nama dan tarikh lahir tetapi merangkumi kisah hidup seperti pencapaian, kegagalan dan penghijrahan nenek moyang kita. Melalui aspek sejarah seperti ini kita dapat menggambarkan tentang kemunculan identiti dan budaya keluarga kita terbentuk dari masa ke masa. Artikel ini adalah bertujuan menyusun langkah untuk merangka silibus kursus sejarah kekeluargaan yang dicadangkan sebagai satu cabang ilmu dalam program Sejarah Gunaan. Artikel ini mendeskriptifkan tentang pengenalan, metodologi, pembahagian bidang dan contoh kajian kes yang merujuk sejarah kekeluargaan seperti sejarah keluarga Brooke dan Keluarga Goh  di Sarawak.

ABSTRACT

Family History is a study of genealogy based of narratives and ancestaral origin that form the uniqueness of a generation. The endeavor to study history is a vital as it serves not only as a bridge connecting the past with the present to build resilient self identity, but also allows for lesson to be drawn from past experience to strenghthen the bond of kingship among family members. In a broader context, institution of family also acts as a primary provider in transforming economic perspectives through mature spending patterns and the provision of quality human capital education and the development of legacy businesses, which contribute directly to the stability and economi growth of the nation. Family History also studying about lineaged or life histories family members. It is not merely about names and birth dates, but encompasses life stories such as achievement, failure and the migration of our ancestor. Aspect of  history, can illustrate how family identity and culture have been shaped over time. This article dicusess early step towards a comprehensive syllabus for a Family History course, which seek to become a branch of knowledge within applied history program. This explanation describes the introduction, methodology, divisional fields and case studies in family history such as the Brooke Family and Goh Family history in Sarawak.

Downloads

Published

31-07-2026

How to Cite

SEJARAH KEKELUARGAAN DALAM CABANG ILMU SEJARAH : KAJIAN ASAS TERHADAP KELUARGA BROOKE DAN GOH DI SARAWAK: (Family History In The Branch Of History: A Brief Study Of The Brooke And Goh Families In Sarawak). (2026). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 4, 247-254. https://doi.org/10.32890/ahjmm2026.4.13

Similar Articles

21-30 of 37

You may also start an advanced similarity search for this article.