KONSEP LIABILITI DAN PEMBERIAN PAMPASAN GANTI RUGI DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA MENURUT PERUNDANGAN ISLAM

  • Siti Khadijah Mohd Khair School of Law, College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Nuarrual Hilal Md Dahlan School of Law, College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Harlida Wahab School of Law, College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Aspek liabiliti dan pemberian pampasan ganti rugi merupakan perkara utama dalam membincangkan isu kesalahan kecuaian di dalam kes kemalangan jalan raya. Artikel ini bertujuan untuk menganalisa konsep liabiliti dalam kemalangan jalan raya menurut perundangan Islam dengan memfokuskan kepada kesalahan kecuaian dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dhaman atau denda ganti rugi dalam kajian ini akan menekankan prinsip khusus dan pendekatan ke atas aspek perlanggaran di jalan raya di dalam perundangan Islam. Kajian perpustakaan digunakan untuk liabiliti di dalam kes-kes perlanggaran berteraskan Al¬Quran, sunnah, ijma’ dan qiyas. Seterusnya ia menghubungkaitkan pemakaian konsep ini dengan kesalahan kecuaian menyebabkan perlanggaran di dalam kemalangan jalan raya. Dapatan kajian menunjukkan prinsip ‘penyebab’ dalam perundangan Islam amat jelas pemakaian dan perkaitannya di dalam menentukan liabiliti sama ada kes perlanggaran berlaku di daratan, lautan atau di ruang udara. Konsep liabiliti turut terpakai bagi menentukan tanggungan kecuaian dan pemberian pampasan ganti rugi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam membina struktur jalan, jambatan, terowong dan lain-lain. Konsep ini juga berhubung dengan jalan raya sekiranya tanggungan bukan pada pemandu yang tidak bersalah dan tidak cuai.

 

Published
2020-03-05
How to Cite
MOHD KHAIR, Siti Khadijah; MD DAHLAN, Nuarrual Hilal; WAHAB, Harlida. KONSEP LIABILITI DAN PEMBERIAN PAMPASAN GANTI RUGI DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA MENURUT PERUNDANGAN ISLAM. UUM Journal of Legal Studies, [S.l.], v. 10, n. 2, p. 45-77, mar. 2020. ISSN 0127-9483. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/uumjls/article/view/9128>. Date accessed: 08 july 2020.