PROSES DAN KAEDAH PEMBELAJARAN TAHFIZ DALAM KALANGAN MURID DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN DI MALAYSIA (PROCESS AND METHOD OF TAHFIZ LEARNING AMONG STUDENTS IN MALAYSIAN GOVERNMENT RELIGIOUS SECONDARY SCHOOLS)
Abstract
Tujuan - Kajian ini dijalankan bagi menerokai proses dan kaedah pembelajaran tahfiz dalam kalangan murid di sekolah menengah agama kerajaan di Malaysia. Kajian lampau menunjukkan terdapat masalah pencapaian hafazan dalam kalangan murid tahfiz berpunca daripada kelemahan memilih kaedah pembelajaran yang sesuai.Metodologi - Pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kes dipilih kerana ia dapat meneroka secara terperinci kes atau fenomena yang khusus iaitu proses dan kaedah pembelajaran tahfiz yang digunakan oleh murid. Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi memilih peserta kajian yang dapat menjawab persoalan kajian. Seramai 12 orang murid terlibat sebagai peserta kajian dan disokong dengan data daripada enam orang guru. Temu bual mendalam secara individu merupakan kaedah pengumpulan data bagi mendapatkan pandangan dan pengalaman peserta kajian tentang proses dan kaedah pembelajaran tahfiz.
Dapatan - Dapatan menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran tahfiz yang digunakan oleh peserta kajian merangkumi enam kaedah; kaedah membaca, pengulangan, penguasaan hukum tajwid, penggunaan satu mushaf khas, kaedah kefahaman dan kaedah penulisan. Manakala proses pembelajaran tahfiz berdasarkan dapatan menunjukkan peserta kajian memberi tumpuan kepada empat aspek iaitu disiplin daripada pengurusan masa, aspek pemilihan tempat, pemilihan masa serta aspek kelas bimbingan.
Kepentingan - Kajian ini memberi implikasi penting kepada pihak yang membangunkan sekolah aliran tahfiz, pihak sekolah dan guru tahfiz. Hal ini penting bagi mereka untuk memberi fokus kepada proses dan kaedah pembelajaran yang sesuai, berkesan dan menekankan aspek kefahaman dan hafazan. Kedua-dua aspek tersebut penting bagi membantu pencapaian hafazan khususnya murid yang berada di sekolah menengah agama kerajaan di Malaysia.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Disclaimer
The Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) has taken all reasonable measures to ensure that material contained in this website is the original work of the author(s). However, the Journal gives no warranty and accepts no responsibility for the accuracy or the completeness of the material; no reliance should be made by any user on the material. The user should check with the authors for confirmation.
Articles published in the Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) do not represent the views held by the editors and members of the editorial board. Authors are responsible for all aspects of their articles except the editorial screen design.