Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Melalui Penggunaan Track Changes

Authors

  • Hasnah Mohamed Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/mjli2016.13.1.7

Keywords:

Bahasa Melayu, pengajaran bahasa berbantukan komputer, track changes, penulisan karangan

Abstract

Tujuan â€“ Fokus kajian ini adalah untuk melihat kesan pengajaran subjek Bahasa Melayu berbantukan komputer, iaitu menggunakan track changes dalam penulisan karangan. Tujuan penggunaan track changes adalah untuk menunjukkan dengan jelas akan kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa menulis karangan.   Metodologi â€“ Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan dan dijalankan dalam kalangan 28 orang murid Tingkatan 5 bagi subjek Bahasa Melayu. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, praujian, pascaujian dan temu bual. Data dianalisis secara deskriptif.   Dapatan â€“ Hasil kajian menunjukkan bahawa murid dapat mengurangkan kesalahan semasa menulis karangan dan dapat meningkatkan pencapaian dalam subjek Bahasa Melayu. Berdasarkan analisis yang dijalankan didapati min bagi bilangan kesalahan dalam praujian ialah 16.61 dan pascaujian ialah 5, manakala min markah dalam praujian ialah 53.25 dan pascaujian ialah 75. Perbezaan min yang ketara ini jelas menunjukkan keberkesanan penggunaan track changes dalam meningkatkan kepekaan murid semasa menulis.   Kepentingan â€“ Kajian ini penting bagi menunjukkan kepada murid kesalahan yang sering dilakukan oleh mereka semasa menulis karangan. Hal ini kerana bilangan kesalahan yang dilakukan semasa menulis karangan akan turut mempengaruhi markah bagi subjek Bahasa Melayu. Di samping itu, kajian ini juga merupakan kajian sokongan dan melengkapi kajian sedia ada tentang pentingnya penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya pengajaran bahasa berbantukan komputer.

Metrics

Metrics Loading ...

Additional Files

Published

30-06-2016

How to Cite

Mohamed, H. (2016). Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Melalui Penggunaan Track Changes. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13(1), 135–159. https://doi.org/10.32890/mjli2016.13.1.7