STRATEGI PENGUKURAN UPAYA BERBAHASA MENERUSI KESANTUNAN BERBAHASA SEBAGAI INDIKATOR PROFESIONALISME GURU PELATIH BERASASKAN SKALA MORFOFONETIK, SOSIOLINGUISTIK DAN SOSIOPRAGMATIK (LINGUISTIC POLITENESS AS AN INDICATOR OF TRAINEE TEACHER PROFESSIONALISM:

  • Husna Faredza Mohamed Redzwan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Khairul Azam Bahari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Anida Sarudin Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Zulkifli Osman Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.

Abstract

Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti upaya berbahasa menerusi penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dan Berbudaya (BMTB) dalam kalangan guru pelatih sebagai ciri kesantunan yang dapat diukur menerusi Indikator Profesionalisme Guru Pelatih berdasarkan skala morfofonetik, sosiolinguistik dan sosiopragmatik.
 
Metodologi - Sembilan orang guru pelatih Bahasa Melayu daripada lima buah sekolah menengah terpilih di negeri Perak dijadikan responden. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang memberikan kefahaman mendalam berkaitan dengan upaya BMTB dalam kalangan guru pelatih berasaskan senarai semak pencerapan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dibina berpandukan penentuan skala morfofonetik; skala sosiolinguistik; dan skala sosiopragmatik mengikut kerangka konseptual Brown dan Levinson (1987). Pencerapan dilaksanakan terhadap sembilan orang guru pelatih dengan menganalisis rakaman sesi PdPc mereka yang berdurasi 540 minit dan telah ditranskripsikan.
 
Dapatan - Kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat ketidakpatuhan aspek morfofonetik terutamanya dalam mengartikulasikan perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa Melayu dengan menggunakan sebutan baku dalam kalangan guru pelatih. Selain itu, ketidakpatuhan mereka terhadap peraturan sosiolinguistik juga dikesan, iaitu masih terdapat penggunaan bahasa yang kurang rapi kerana mengandungi percampuran kod. Ketidakpatuhan aspek morfofonetik dan sosiolinguistik ini perlu ditangani dengan baik agar upaya berbahasa dan tahap profesionalisme guru pelatih dapat ditingkatkan. Dari aspek sosiopragmatik pula, kesemua 15 substrategi kesantunan berbahasa di bawah Strategi Kesantunan Positif Brown dan Levinson (1987) didapati telah diamalkan oleh guru pelatih yang menunjukkan bahawa mereka memiliki upaya berbahasa yang positif dan memenuhi indikator profesionalisme sebagai bakal pendidik.
 
Signifikan - Kajian ini menyumbang kepada saranan membina indikator profesionalisme guru pelatih UPSI khususnya dan bakal pendidik umumnya dalam perspektif upaya BMTB bagi mengukur amalan kesantunan berbahasa, khususnya dalam bidang Bahasa Melayu semasa mereka menjalani latihan mengajar.
 

ABSTRACT
 
 Purpose - The aim of this study was to identify Malaysian trainee teachers’ language ability through their use of high and cultured Malay language (HCML) as a politeness feature, as measured by morphophonetic, sociolinguistic and sociopragmatic scales in a Trainee Teacher Professionalism Indicator.
 

Methodology - Respondents were nine Malay language trainee teachers from five selected secondary schools in the state of Perak.  A qualitative approach was used to gain in-depth understanding of their HCML ability.  A teaching observation and facilitation checklist incorporating morphophonetic, sociolinguistic and sociopragmatic scales was developed based on Brown and Levinson's (1987) conceptual framework.  Data was collected during classroom observations of the nine trainee teachers.  Recordings of these sessions totalling 540 minutes were transcribed and analysed.


Findings - The study found some disregard for morphophonetic aspects of language use, especially in articulating particular words in standard Malay pronunciation. There was also evidence of inattention to sociolinguistic rules, i.e., looseness due to code mixing. These non-adherence issues should be addressed in an appropriate manner so that both the language ability and level of professionalism of trainee teachers can be enhanced.  In the sociopragmatic aspect, however, all 15 linguistic politeness sub-strategies of Brown and Levinson’s Positive Politeness Strategy (1987) were found to be practiced, indicating that the teacher trainees’ language ability was positive, and fulfilled the professionalism indicator.


Significance This study contributes towards the development of a teacher professionalism indicator for trainee teachers in the researchers’ own institution and elsewhere from the perspective of HCML ability, that may be used to evaluate linguistic politeness during teaching practice, especially among Malay language trainee teachers.



Published
2020-01-31
How to Cite
MOHAMED REDZWAN, Husna Faredza et al. STRATEGI PENGUKURAN UPAYA BERBAHASA MENERUSI KESANTUNAN BERBAHASA SEBAGAI INDIKATOR PROFESIONALISME GURU PELATIH BERASASKAN SKALA MORFOFONETIK, SOSIOLINGUISTIK DAN SOSIOPRAGMATIK (LINGUISTIC POLITENESS AS AN INDICATOR OF TRAINEE TEACHER PROFESSIONALISM:. Malaysian Journal of Learning and Instruction, [S.l.], v. 17, n. 1, p. 213-254, jan. 2020. ISSN 2180-2483. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/5361>. Date accessed: 13 aug. 2020.
Bookmark and Share