FAKTOR MEMPENGARUHI PENGLIBATAN BELIA DALAM SEKTOR PERLADANGAN KELAPA SAWIT (Factors Affecting Youth Participation in the Oil Palm Plantation Sector)

  • Lai Wei Sieng Faculty of Economics and Management, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Nur Sa’adah Surianshah Faculty of Economics and Management, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norlida Hanim Mohd Salleh Faculty of Economics and Management, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Siti Hajar Mohd Idris Faculty of Economics and Management, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hawati Janor Faculty of Economics and Management, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Sektor perladangan kelapa sawit merupakan sektor yang sangat penting dalam industri pertanian dan merupakan penyumbang terpenting kepada ekonomi Malaysia. Namun begitu, isu tenaga buruh di sektor ini sering diperkatakan kerana masih berintensif buruh. Penyertaan golongan belia dalam sektor perladangan kelapa sawit adalah kurang memberangsangkan berbanding sektor lain walaupun sektor ini menawarkan peluang pekerjaan yang lebih luas. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti golongan belia yang lebih bersedia untuk melibatkan diri dalam sektor perladangan kelapa sawit berdasarkan faktor demografi mereka. Borang soal selidik digunakan bagi mengumpul data daripada responden yang terdiri daripada golongan belia berusia 18 hingga 35 tahun. Seramai 724 orang responden yang telah menjawab soal selidik ini mewakili setiap negeri di Malaysia. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah analisis faktor dan model regresi logistik. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor jantina, bangsa, tempat tinggal, pengalaman, dan penglibatan ahli keluarga dalam sektor perladangan kelapa sawit merupakan faktor yang menyumbang kepada kesediaan belia untuk melibatkan diri dalam sektor tersebut. Faktor gaji, faedah, persekitaran kerja dan keselamatan perlu ditambah baik bagi menarik lagi minat golongan belia untuk melibatkan diri dalam industri pertanian negara khususnya di sektor perladangan kelapa sawit.


Abstract


The oil palm plantation sector is a very important sector in the agricultural industry and is a major contributor to the Malaysian economy. However, the issue of labour in this sector is often addressed as it is labour-intensive. The participation of youths in the oil palm plantation sector is less favourable than the other sector although it offers greater employment opportunities. Therefore, this study aimed to identify youths who are better prepared to participate in the oil palm plantation sector based on their demographic factors. The questionnaire was used to collect data from respondents in the age range of 18 to 35 years. A total of 724 respondents answered this questionnaire representing each state in Malaysia. The data collected were analysed using the factor analysis method and logistic regression model. The results show that the gender, race, residence, experience and involvement of family members in the oil palm plantation sector are factors contributing to youths’ readiness to participate in the sector. Factors such as salary, benefits, work environment and safety factors need to be improved to attract more youths to participate in the agricultural industry, especially in the oil palm plantation sector.

Keywords: Youth, labour force, oil palm, demographic factors, logistic regression

Published
2021-01-27
How to Cite
WEI SIENG, Lai et al. FAKTOR MEMPENGARUHI PENGLIBATAN BELIA DALAM SEKTOR PERLADANGAN KELAPA SAWIT (Factors Affecting Youth Participation in the Oil Palm Plantation Sector). International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 28, n. 1, p. 115-140, jan. 2021. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/ijms.28.1.2021.10559>. Date accessed: 16 apr. 2021. doi: https://doi.org/10.32890/ijms.28.1.2021.10559.