Pengiklanan Bidang Kepakaran Peguam: Keperluannya dalam Membantu Bakal Klien Memilih Peguam
DOI:
https://doi.org/10.32890/uumjls2014.5.2Keywords:
Pengiklanan, perkhidmatan guaman, bidang kepakaran, klienAbstract
Dalam konteks pengiklanan oleh peguam, menjadi kewajipan profesion guaman untuk mendidik masyarakat, khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, mengenai kewujudan dan kesediaan perkhidmatan guaman dalam membantu mereka menyelesaikan sesuatu masalah perundangan. Lantaran itu, iklan mengenai perkhidmatan guaman wajar mengandungi maklumat yang relevan untuk diketahui umum. Walau bagaimanapun, melihat kepada kaedah publisiti yang mengawal profesion guaman Malaysia, maklumat yang boleh diiklankan sebahagian besarnya terbatas kepada biodata peguam serta butiran mengenai firma dan rakan kongsi peguam. Maklumat lain yang lebih penting untuk diketahui awam, yang boleh membantu mereka untuk membandingkan perkhidmatan yang wujud di pasaran, serta memilih perkhidmatan peguam mana yang bersesuaian dengan keperluannya, tidak boleh diiklankan. Salah satunya ialah maklumat mengenai bidang kepakaran peguam. Berdasarkan metod analisis kandungan, kertas kerja ini membincangkan tentang sekatan untuk mengiklankan bidang kepakaran seperti yang terkandung dalam kaedah publisiti yang mengawal profesion guaman Malaysia, serta membuat perbandingan dengan peraturan yang dikuatkuasakan di Amerika Syarikat, United Kingdom (England & Wales) dan Australia (New South Wales). Berdasarkan pensampelan mudah, soal selidik untuk meninjau persepsi awam dan peguam berhubung isu ini turut diedarkan dan dapatannya dipersembahkan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pihak peguam dan awam mempunyai persepsi bahawa maklumat mengenai bidang kepakaran adalah maklumat yang sesuai untuk diiklankan oleh peguam.
References
Abdul Aziz Abdul Rahman. 2010. Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman speaks: lawyers’ advertising rules. 27 Ogos. http://www. mmail.com.my/content/47702-lawyers-advertising-rules [ Oktober 2010]. Lau Yun Tseng, Lawyers – from Professionals to Salesmen, 2006. http://www. malaysianbar.org.my/legal_profession/lawyers_from_professionals_to_salesmen.html (2 April 2010). Misalnya, sewaktu membuat pengumuman untuk membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan berkuat kuasa serta-merta sebagai usaha untuk menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi, Kerajaan turut membenarkan 5 firma guaman asing yang pakar dalam bidang kewangan Islam untuk menawar perkhidmatan di negara ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa. Ia turut bertujuan untuk menjadikan sektor perkhidmatan lebih berdaya maju, lebih kompetitif dan bersaing pada peringkat antarabangsa. Johari Ibrahim, ‘Buka 27 sektor kecil’, Berita Harian, 23 April 2009, hlm 1-2.
Curran, B.A. & Spalding F.O. Preliminary Report of a National Survey by the Special Committee to Survey Legal Needs of the ABA. (Chicago: American Bar Foundation, 1980). http://www.consumersinternational.org[11 Disember 2008]. http://www.fomca.org.my/v2/index.php/portal-pengguna/hak-hak-pengguna 25 Disember 2010]. http://www.jnplaw.my/ [14 Ogos 2010]. http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task= view&id=248&Itemid=268 [25 Disember 2010]. http://www.malaysianbar.org.my/areas-of-practice/[13 September 2009]. Johari Ibrahim. 2009. Buka 27 sektor kecil. Berita Harian, 23 April: 1–2.
Lau, Yun Tseng. 2006. Lawyers – from Professionals to Salesmen. http://www.malaysianbar.org.my/legal_profession/lawyers_ from_professionals_to_salesmen.html[2 April 2010]. Morgan. 1984. How small firms can attract corporate litigation. American Bar Association Journal (Oct): 60-61.
Smith, R.E. & Meyer, T.S. 1980. Attorney advertising: a consumer perspective. Journal of Marketing 44(Spring): 56-63.
Published
Issue
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-07Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
- Semantic Scholar 0 not indexed View →
- OpenCitations 0 View →
- Crossref 0 View →
- Scopus 0 not indexed View →
- Google Scholar no free count Search →
- Dimensions no free count Search →








