ANALISA TERHADAP UNDANG-UNDANG PERJUDIAN DALAM TALIAN DI MALAYSIA (Analysis on the Online Gambling Laws in Malaysia)

Authors

  • Sahanah Kathirvelu Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Mohamad Rizal Abd Rahman Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/uumjls2024.15.1.14

Keywords:

Perjudian dalam talian, jenayah dalam talian, pertaruhan dalam talian, Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

Abstract

Kekerapan laporan tentang aktiviti perjudian dalam talian yang dipaparkan menerusi media cetak dan elektronik menunjukkan bahawa tindakan segera perlu diambil untuk mengatasi gejala ini di Malaysia. Namun begitu, undang-undang substantif sahaja tidak memadai untuk menangani situasi ini kerana penguatkuasaan yang efektif adalah sama penting untuk mengawal berlakunya pelanggaran undang-undang tersebut. Oleh itu, artikel ini mempunyai objektif untuk menjalankan penyelidikan awal terhadap undang-undang sedia ada dan isu-isu yang berkaitan dengan perjudian dalam talian di Malaysia. Di samping itu, penulisan ini juga bertujuan mencungkil kesedaran tentang isu-isu yang timbul akibat wujudnya kelompangan dalam undang-undang tersebut. Penulisan ini bertujuan mengesyorkan hala tuju bagi penyelidikan-penyelidikan akan datang berkenaan perjudian dalam talian di Malaysia. Artikel ini menggunakan kerangka kajian perundangan tulen yang bersifat kualitatif, iaitu data-data dikumpulkan melalui kajian perpustakaan dan temu bual untuk meneroka isu-isu berhubung dengan perjudian dalam talian di Malaysia. Pendekatan analisis kritikal telah diguna pakai dalam menganalisis data daripada penulisan, jurnal, berita dan rujukan lain yang terdahulu berkaitan dengan perjudian dalam talian. Kajian ini mendapati bahawa undang-undang perjudian dalam talian agak ketinggalan dan hal ini dikenal pasti sebagai suatu kelompangan. Selain itu, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pindaan terhadap Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 perlu dilakukan segera untuk membantu agensi penguatkuasaan mengatasi krisis ini.

Abstract

An increase in print and electronic media headlines highlighting the prevalence of illegal online activities indicate that immediate action should be taken to combat this issue in Malaysia. However, substantive law alone is insufficient to address the current situation, as effective enforcement is equally important for monitoring the violation of these laws. Hence, the objective of this article is to conduct a preliminary investigation of current laws and key issues related to online gambling laws in Malaysia while also raising awareness of issues that have arisen due to the lacuna in the existing laws. Subsequently, this article aims to propose directions for future studies on online gambling laws in Malaysia. This study employed qualitative doctrinal research in which data was gathered through library research and interviews to explore issues related to online gambling in Malaysia. Critical analysis was applied to analyze data from previous articles, journals, news, and other references concerning online gambling. This study finds that the laws governing online gambling are significantly outdated, and they represent a legal gap. Furthermore, the review reveals that the nation urgently requires amendments to the Common Gaming Houses Act 1953 (CGHA) to assist the enforcement agencies in managing the current crisis.

Keywords: Online gambling, online crime, online betting, Common Gaming Houses Act 1953 (CGHA).

Metrics

Metrics Loading ...

Additional Files

Published

31-01-2024

How to Cite

Kathirvelu, S., & Abd Rahman, M. R. . (2024). ANALISA TERHADAP UNDANG-UNDANG PERJUDIAN DALAM TALIAN DI MALAYSIA (Analysis on the Online Gambling Laws in Malaysia). UUM Journal of Legal Studies, 15(1), 329–360. https://doi.org/10.32890/uumjls2024.15.1.14