Terrorisme Global Menurut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad

Authors

  • Muhammad Afifi Abdul Razak Fakulti Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
  • Mohamed Mustafa Ishak Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia
  • Rusdi Omar Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Terrorisme, keselamatan dan Tun. Dr. Mahathir Mohamad

Abstract

Terrorisme global kini merupakan satu isu hangat di serata dunia. Kepentingannya telah menarik perhatian ramai pihak tennasuk para pemimpin dunia dalam menyuarakan pendapat mereka mengenai perlunya satu kaedah yang paling berkesan dalam membanteras ancamannya daripada merebak dan menjejaskan keselamatan dunia sejagat. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri Malaysia, mengenai isu terrorisme global. Walaupun pemikiran beliau mengenai terrorisme ini boleh dianggap bukanlah sesuatu yang barn, namun keberanian beliau untuk menyata dan melaksanakan apa yang beliau rasa sebagai betul dalam konteks memerangi terrorisme merupakan sesuatu yang menarik dan harns diberi perhatian yang sewajamya. Demi kebaikan rakyat dan negara, beliau sanggup melakukan dan melaksanakan apa sahaja dasar kerajaan termasuk membanteras terrorisme walaupun ianya mungkin akan menyebabkan beliau menjadi kurang popular. Ini kerana apa yang lebih penting bagi beliau ialah keamanan dan keselamatan negara terjamin.

 

Additional Files

Published

05-01-2020

How to Cite

Abdul Razak, M. A., Ishak, M. M., & Omar, R. (2020). Terrorisme Global Menurut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Journal of International Studies, 2, 77–97. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jis/article/view/7854