Undang-Undang Islam dalam Perlembagaan Malaysia: Kewajarannya berdasarkan Faktor Sejarah Perundangan Tanah Melayu
DOI:
https://doi.org/10.32890/jgd2009.5.3Keywords:
Hukum Kanun, penjajahan Inggeris, Suruhanjaya Reid, Perlembagaan PersekutuanAbstract
Kehadiran Islam di Tanah Melayu bukan satu peristiwa yang mengambil masa yang pendek dan singkat. Ia adalah satu rekod sejarah yang amat panjang yang hampir mengambil masa kira-kira enam ratus tahun. Penerimaan orang Melayu terhadap Islam dizahirkan dengan mereka menjadikan undang-undang Islam sebagai Undang-undang negeri seperti mana Melaka sebelum diceroboh oleh Portugis, Negeri Perak, Negeri Pahang, Negeri Johor dan Negeri Kedah sebelum dijajah oleh penjajah Inggeris. Kita sudah mendengar berulangkali tentang wujudnya Hukum Kanun Melaka, Undang-undang 99 Negeri Perak, Undang-undang Dua Belas Perak, Undang-undang Pahang, Al-Ahkam Alahdaliyyat dan Tembera Datuk Paduka Tuan. Semua undang-undang ini berdasarkan hukum syara’ beserta adat Melayu. Artikel ini menunjukkan kita mesti menolak hujah Hooker yang mengatakan “Undang-undang yang terpakai pada orang Islam ialah ‘undang-undang diri’ iaitu dipakai atas dasar kepatuhan pada agama dan dalam hal-hal yang mempunyai aspek keagamaan.†Artikel ini juga membuktikan keputusan Suruhanjaya Reid memberi tempat dan status khusus kepada Islam adalah wajar dan tepat. Malahan penulis berpendapat Suruhanjaya Reid sepatutnya memasukkan satu perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan undang-undang Islam sebagai undang-undang tertinggi di Persekutuan dan semua undang-undang yang berlawanan dengannya adalah terbatal.
References
Abdullah Alwi Hassan, 2000. “Pertumbuhan pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia” dlm Mohamad Taib Osman dan A.Aziz Deraman (eds.). Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Aziz Bari, 1999. “Institusi Ketua Negara, Ketua Negeri dan Majlis Raja-raja” dlm Ahmad Ibrahim et. al (ed.). Perkembangan Undang-undang Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim, 1995. Sastera Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 122. Abd. Jalil Borhan, 2002. Al-Ahkam Al-Adliyyah. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Auni Haji Abdullah, 2000. “Kerajaa Melayu: Sendi Islam dalam pemerintahan tradisi” dlm.
Mohamad Taib Osman dan A.Aziz Deraman (eds.). Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Constitutional proposal for the Federation of Malaya 1957. Darjat tidak datang bergolek (17 Disember 2004). Utusan Malaysia, hlm. 7. Dewan Masyarakat keluaran bulan Mac, April dan Mei 1989. Dr. Ibrahim Ismail (8 Mei 2005). Agama: Fahami situasi sebenar. Mingguan Malaysia, hlm. 9. Dr. Rais minta semua bersikap terbuka (25 Februari 2005). Berita Harian, hlm. 12. Hairuddin Megat Latif, “Status dan kedudukan Undang-undang Islam di Malaysia sehingga kini.” [1992] 2 C.L.J iii. Hamid Jusoh, 1990. Pemakaian Undang-undang Islam kini dan masa depannya di Malaysia. Al-Ahkam, Jilid 1, cetakan pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. HAMKA, 1981. Doktrin Islam: Iman menimbulkan keberanian. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Melayu Baru, hlm. 23.
Harding, A. J., “Islam and Public Law in Malaysia: Some reflections in aftermarth of Susie Teoh’s case [1991] 1 M.L.J xci, hlm. xciii.
HAMKA (1981). Doktrin Islam: Iman menimbulkan keberanian. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Melayu Baru, hlm. 23. Al Qur’an: Surah al-Hajj, ayat 40. REKAYASA – Journal of ethics, legal and governance 47 Vol.5, 2009 (22-47) Hashim Yeop A. Sani, 1980. Our Constitution. Kuala Lumpur: The Law Publishers (M) Sdn. Bhd.
Hooker, M. B., 1991. Undang-undang Islam di Asia Tenggara (Terj). Rohani Abdul Rahim, Raja Rohana Raja Mamat & Anisah Che Ngah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hooker, M. B., 1986. The Oriental Text: With special reference to the Undang-undang Melaka and Malay Law, Malaysian Legal Essays, A collection of essays in honour of Professor Emeritus Datuk Ahmad Ibrahim. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.
Hooker, M. B., 1972. Adat Laws in Modern Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Hooker, M. B., 1978. A Concise Legal History of Southest Asia. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Kamal Halili Hassan. “The Shariah Court and Article 121(1A) of the Federal Constitution”. Jurnal Perundangan, Jilid 1, bil. 1. ABIM. Kembali memahami sejarah (28 Ogos 2005). Mingguan Malaysia, hlm. 7. Kes Natrah cetus erti perjuangan agama, bangsa (26 Februari 2003). Berita Harian, hlm. 17. Lagu orang Melayu mengislamkan Najib (10 Disember 2004). Utusan Malaysia, hlm. 9. Liaw Yock Fang, 1976. Undang-undang Melaka. The Hague: Martinus Nijhoff. M. Suffian Hashim, “The relationship between Islam and the state in Malaya”, Intisari Shirle Gordon(eds.). Singapore Malayan Sosiological research Institute Ltd., Jilid 1, no. 1 hlm. 8, dipetik dari Al-Ahkam, 1990, Jilid 1. Majlis Mufti tolak IRC (1 April 2005). Berita Harian, hlm. 3. Mohamad Abu Bakar, 2000. “Islam dalam pembinaan tamadun di Malaysia”, dalam Mohamad Taib Osman dan A.Aziz Deraman(eds.),. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Salleh Abbas (Tun Hj.), 1986. “Traditional Elements of the Constitution” dlm. F.A. Trindade & H.P.
Lee(eds.), The Constitution of Malaysia: Further Perspectives and Developments, Essays in Honour of Tun Mohamed Suffian. Singapore: Oxford University Press. Mohd Taib Osman dan A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Monthon Saiburi, Administration Report of the State of Kedah, September 1906 to February 1908, Penang, printed by the Pinang gazette press, limited, 1909, hlm. 7. Nuarrual Hilal Md. Dahlan, Hairuddin Megat Latif, Abdul Rahman Abdul Aziz, Mohd. Azam Hussain dan Yuhanif Yusof, 2005. Perundangan Negeri Kedah pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943). Penyelidikan yang tidak diterbitkan, Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia. Othman Hj. Ishak, 1981. Fatwa Dalam Perundangan Islam, dipetik dari F.A Trindade & H.P. Lee. The Constitution of Malaysia: Further Perspectives and Developments, Essays in Honour of Tun Mohamed Suffian. Singapore: Oxford University Press. Perbezaan undang-undang, peradaban penghalang cinta (26 Februari 2003). Berita Harian, hlm. 17. Perkahwinan berlainan agama tidak dibolehkan (17 Disember 2004). Utusan Malaysia, hlm. 3. Produk halal: Prihatin sensitiviti umat Islam (18 Mac 2005). Utusan Malaysia, hlm. 10. Sensitiviti umat Islam mesti dijaga: TPM (26 Februari 2005). Berita Harian, hlm. 4. 1,600 pantau logo halal (18 Mac 2005). Berita Harian, hlm. 17. Suruhanjaya Antara Agama bercanggah dengan agama (25 Februari 2005). Berita Harian, hlm. 8. Tidak boleh kahwin lelaki musyrik hingga mereka beriman(6 Mac 2005). Berita Minggu, hlm. 6. Tugas penguat kuasa kembalikan keyakinan pengguna(19 Mac 2005). Utusan Malaysia, hlm. 6. Yahya Abu Bakar, “Kemasukan Islam ke Melaka dan penyebarannya”, Journal Sejarah Melaka, Bil. 7, 1982. Zainul Rijal Abu Bakar (6 Februari 2006). Mahkamah Syariah tidak tergugat. Berita Harian, hlm. 8.
Zainuddin Maidin (2004). Wira tak didendang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Published
Issue
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-08Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.










