Islam dalam Perlembagaan Malaysia: Kewajarannya berdasarkan Faktor Kesultanan Melayu

Authors

  • Haji Hairuddin Megat Latif Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
  • Che Asiah Abdullah Universiti Teknlogi Mara (UiTM) Kampus Perlis

Keywords:

negeri-negeri Melayu, tradisi, martabat, Suruhanjaya Reid

Abstract

Kesultanan Melayu dan kaitan rapatnya dengan Islam jelas merupakan lanjutan dan rentetan sejarah yang bermula daripada sejarah Kesultanan Melayu Melaka lagi. Setelah runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka, Sultan-sultan Melayu masih lagi mengekalkan tradisi ini sehingga sekarang. Malahan semua Perlembagaan negeri-negeri Melayu, dengan jelas menyatakan seorang yang berketurunan raja, hanya layak ditabal sebagai Sultan sekiranya Baginda beragama Islam. Boleh dikatakan Islam dan Kesultanan Melayu umpama aur dengan tebing atau umpama isi dengan kuku. Jika berpisah antara mereka, maka lemahlah kedua-duanya. Malah jika kita mengkaji sejarah mana-mana negara di dunia, agama rasmi negara itu adalah menurut agama rajanya atau ketua negaranya. Di England, oleh kerana raja-rajanya beragama Kristian, maka, agama rasmi negaranya ialah Kristian. Seterusnya, di Thailand, agama rasminya ialah Buddha kerana raja-rajanya beragama Buddha. Manakala, di China, tiada agama rasmi kerana ketua-ketua negaranya adalah tidak beragama. Begitu juga dengan Russia, tiada agama rasmi negara. Oleh yang demikian, amatlah wajar Islam dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama Persekutuan (Malaysia) memandangkan Sultan-sultan Melayu beragama Islam dan Perlembagaan juga memartabatkan Kesultanan Melayu di dalamnya. Maka keputusan Suruhanjaya Reid menjadikan Islam agama Persekutuan adalah satu keputusan yang betul.

Additional Files

Published

31-12-2008

How to Cite

Megat Latif, H. H., & Abdullah, C. A. (2008). Islam dalam Perlembagaan Malaysia: Kewajarannya berdasarkan Faktor Kesultanan Melayu. Journal of Governance and Development (JGD), 4, 1–12. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/14023

Issue

Section

Articles