KESULTANAN BRUNEI DAN ACEH TRADISIONAL (ABAD KE 14 – 19 MASIHI) SATU PERBANDINGAN KONSEP DAULAT DAN DERHAKA

Main Article Content

Prof. Dr. Haji Awg Asbol Haji Mail

Abstract

Makalah ini bertujuan membincangkan perbandingan konsep daulat dan derhaka di antara Kesultanan Brunei dan Aceh tradisional (abad ke 14 – 19 Masihi). Perbandingan hanya menerokai dalam aspek Khalifah Allah dan hubungan keturunan kedua-dua kesultanan dengan baginda Rasulullah sallallahu alaihi wassallam serta Raja Iskandar Zulkarnain. Hal  ini boleh dikesan menerusi sumber - sumber tempatan kedua-dua kesultanan seperti teks terasul, Syair Awang Semaun, Shaer Rakis, Hikayat Aceh, Bustan Al Salatin, Taj Us Salatin dan Adat Aceh. Perbandingan ini juga akan dihubungkan dengan bukti – bukti sejarah yang memperlihatkan sejauh mana sultan-sultan Brunei dan Aceh melaksanakan pemerintahan sebagai Khalifah Allah sebagai teras kepada konsep daulat dan derhaka. Hal ini akan diteliti khususnya dalam melaksanakan hukuman yang adil dalam semua perkara yang melibatkan berbagai lapisan rakyat. 

Metrics

Metrics Loading ...

Article Details

How to Cite
Haji Mail, P. D. H. A. A. (2023). KESULTANAN BRUNEI DAN ACEH TRADISIONAL (ABAD KE 14 – 19 MASIHI): SATU PERBANDINGAN KONSEP DAULAT DAN DERHAKA . RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 2(1), 139–154. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.6
Section
Articles