SITUASI PENGGUNAAN DEIKSIS SO DALAM MESYUARAT PENGURUSAN

Main Article Content

Winddy Kinduo
Saidatul Nornis Hj. Mahali

Abstract

Peralihan kod merupakan satu fenomena melibatkan pengungkapan istilah daripada bahasa berbeza dengan bahasa yang sedang digunakan. Alih kod bukanlah perkara asing kerana keupayaan pengguna bahasa dalam menuturkan lebih daripada satu bahasa diyakini membuka ruang kepada penggunaan lebih daripada satu bahasa dalam peristiwa bahasa. Meskipun alih kod memperlihat keupayaan penutur dalam berbahasa, namun tidak dinafikan ia sebenarnya mencerminkan penuturnya tidak menguasai sistem bahasa terutama kosa kata bahasa yang digunakan. Justeru, kajian ini bertujuan menghuraikan perihal peralihan kod dalam tuturan 49 guru di SMK Simpangan, Beluran, Sabah yang menumpu secara khusus kepada pengungkapan deiksis so sebagai item alih kod. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis teks. Data dikumpul dan dirakam melalui mesyuarat guru secara dalam talian. Data kemudiannya dianalisis secara teks secara satu persatu untuk mengesan kesemua item alih kod so berteraskan teori deiksis oleh Huang (2015). Hasil analisis mendapati terdapat lima peranan deiksis so, yakni diguna untuk merumus, menyambung topik atau sebelumnya, penanda hubungan, mengemukakan huraian untuk menjelaskan pernyataan terdahulu dan mengemukakan maklumat baharu. Beberapa faktor peralihan kod dikenal pasti, yakni pengaruh pendidikan bahasa yang diperoleh sejak awal usia, amalan peminjaman kata melibatkan pertimbangan terhadap perihal tertentu dan pertembungan dua bahasa. Oleh yang demikian, hasil analisis penggunaan penanda wacana so dalam tuturan para guru di sekolah berkenaan membuktikan bahawa bahasa memiliki sifat ‘hidup’, maka tentulah suatu bahasa itu tidak terlepas daripada perkembangan dan sebaran peristilahan daripada suatu bahasa lain. Penggunaan penanda wacana itu telah sebati sebagai sebahagian daripada penanda komunikasi lisan penutur bahasa di Sabah yang menyebabkan ia sukar dihilangkan daripada proses komunikasi.

Metrics

Metrics Loading ...

Article Details

How to Cite
Kinduo, W., & Hj. Mahali, S. N. (2023). SITUASI PENGGUNAAN DEIKSIS SO DALAM MESYUARAT PENGURUSAN. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 2(1), 111–137. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.5
Section
Articles