PENYEBARAN SISTEM VOKAL DMP DI YAHA

Main Article Content

Ibrohim Malee

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan melihat ciri linguistik bagi setiap varian yang wujud di Yaha. Bentuk vokal dilihat dari segi kesejajaran dan penyebarannya dalam ruang geografi, sama ada wujudnya persamaan ataupun perbezaan dalam varian tersebut. Metodologi yang digunakan ialah metodologi kualitatif yang dimanfaatkan dalam kajian dialektologi, khususnya kajian lapangan yang berkaitan dengan lokasi kajian, pemilihan informan, pengumpulan data dan menganalisis data. Hasil dapatan menunjukkan bahawa di tujuh kawasan kampung yang menggunakan varian itu, pertama wujudnya kesejajaran dan penyebaran sistem fonologi bagi vokal pada sesetengah kawasan kampung di Yaha. Kedua, dialek Melayu Patani Yaha dapat dibahagikan kepada tiga varian utama, iaitu varian Yaha asli atau varian tempatan Yaha, varian pendatang (varian Pattani) dan varian campuran. Ketiga-tiga varian utama yang diperoleh daripada kawasan kajian menunjukkan bahawa varian di Yaha atau sub-varian Yaha mempunyai ciri-ciri linguistik yang agak berbeza dengan varian-varian lain di selatan Thailand (Patani). Hal ini dikatakan demikian kerana melalui kajian ini, keunikan dialek, terutama sekali dialek Melayu yang wujud di selatan Thailand dapat diketengahkan.

Metrics

Metrics Loading ...

Article Details

How to Cite
Malee, I. (2023). PENYEBARAN SISTEM VOKAL DMP DI YAHA. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 2(1), 267–287. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.12
Section
Articles