PENYESUAIAN ORTOGRAFI DAN IMBUHAN KATA PINJAMAN BAHASA ARAB DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

Main Article Content

Any Rozita Abdul Mutalib

Abstract

Perubahan bentuk asal sesuatu bahasa sering terjadi apabila bahasa tersebut dipinjam ke dalam bahasa sasaran. Bagi bahasa Melayu, perubahan tersebut dapat dilihat daripada struktur kata, iaitu perubahan sistem ejaan bahasa Melayu, pembentukan morfem tertentu berdasarkan bahasa pinjaman dan perubahan makna yang dibawa oleh kata pinjaman. Perubahan tersebut merupakan hasil intergrasi bahasa sumber dengan bahasa sasaran yang dibuat bagi penyesuaian natif. Makalah ini melihat perubahan kata pinjaman bahasa Arab yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 dalam aspek linguistik. Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 yang mempunyai 87 muka surat, terdapat sebanyak 1,482 perkataan telah disenaraikan oleh perisian AntConc yang merangkumi semua kata akar dan kata terbitan, kata hubung, kata ganda dan kata nama, iaitu nama individu dan nama tempat. Proses ini bagi menyenaraikan semua kata yang akan digunakan sebagai data. Daripada jumlah itu, 148 perkataan merupakan kata pinjaman bahasa Arab dengan semakan dibuat secara manual iaitu dengan merujuk kamus. Namun begitu, hanya 119 perkataan sahaja yang dilihat aspek perubahannya selepas penyisihan data yang tidak melibatkan perubahan makna seperti nama orang, nama tempat, agama, kaum dan sebagainya Hasil analisis yang dijalankan mendapati, perubahan ejaan merupakan perubahan yang paling ketara berlaku bagi penyesuaian ortografi, iaitu sebanyak 115 perkataan. Perubahan kedua terbesar yang berlaku ialah imbuhan akhiran -un yang tidak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu selepas peminjaman iaitu sebanyak 101 perkataan. Perubahan makna perujukan dan golongan kata turut berlaku dan menyebabkan perubahan struktur kata secara keseluruhan selepas peminjaman dibuat. Kajian ini telah memberikan suatu dapatan yang boleh membantu dalam aspek perkamusan kata pinjaman Arab, pembentukan kata pinjaman dan peristilahan selain membantu dalam aspek etimologi kata. 

Metrics

Metrics Loading ...

Article Details

How to Cite
Abdul Mutalib, A. R. (2023). PENYESUAIAN ORTOGRAFI DAN IMBUHAN KATA PINJAMAN BAHASA ARAB DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 2(1), 23–54. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.2
Section
Articles