ETIMOLOGI KESINONIMAN KATA ASING DALAM BAHASA MELAYU

Main Article Content

Mohamad NorTaufiq Nor Hashim
Zhang Yingchen
Ren Hanyu
Yang Di
Lu Shiqing
Wen Qing

Abstract

Artikel ini membincangkan perihal pewujudan bentuk kata yang bersinonim dalam bahasa Melayu melalui proses peminjaman kata daripada pelbagai rumpun bahasa. Penentuan dan pemilihan data terpilih dibuat berdasarkan makna dan asal usul kata yang telah dikenal pasti dalam kajian lepas yang mewujudkan bentuk bersinonim. Setiap data dipilih dipadankan dengan perkataan Melayu lain yang memiliki fitur persamaan dari sudut makna. Penelitian kata bersinonim dibuat berdasarkan pengaplikasian kerangka etimologi Collins (2003) yang telah diperkemaskan bersesuaian dengan objektif kajian ini. Penelitian dari sudut masa meliputi aspek penggunaan kata dalam bahasa Melayu turut dibincangkan. Pertembungan bahasa yang berlaku dan prestij bahasa mendorong berlakunya peminjaman kata daripada pelbagai rumpun bahasa. Fenomena yang berlaku secara tidak langsung membentuk kata yang bersinonim dengan perkataan Melayu sedia ada dan pembentukan kata bersinonim juga berlaku lebih daripada dua kata. Kajian ini juga mendapati kata bersinonim yang wujud menerusi peminjaman disebabkan oleh perubahan zaman yang mendorong pengguna bahasa meminjam bentuk kata lain yang diterima umum serta difahami oleh masyarakat setempat.

Metrics

Metrics Loading ...

Article Details

How to Cite
Nor Hashim, M. N., Zhang Yingchen, Ren Hanyu, Yang Di, Lu Shiqing, & Wen Qing. (2023). ETIMOLOGI KESINONIMAN KATA ASING DALAM BAHASA MELAYU. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 2(1), 195–218. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.9
Section
Articles
Author Biographies

Mohamad NorTaufiq Nor Hashim, Xi’an International Studies University

Mohamad NorTaufiq Nor Hashim

School of Foreign Language,

Yunnan University, China

nortaufiqhashim@gmail.com

Ren Hanyu, Xi'an International Studies University

Ren Hanyu

School of Oriental Studies,

Xi’an International Studies University, China.

renhanyu@xisu.edu.cn

Lu Shiqing, Tianjin Foreign Studies University

 

School of Asian and African Studies,

Tianjin Foreign Studies University, China.

lushiqing@tjfsu.edu.cn

Wen Qing, Yunnan University

School of Foreign Language,

Yunnan University, China.

wenqing@ynu.edu.cn