KONOTATIF, AFEKTIF DAN REFLEKTIF MEMANIFESTASI KEBIJAKAN AKAL BUDI MELAYU PATANI

Main Article Content

Waemasna Waeyusoh
Yusniza Yaakub

Abstract

Kecekapan minda Melayu dapat dilihat melalui pelbagai bentuk khazanah berbahasa Melayu dalam karya-karya sastera seperti pantun, sajak, cerpen, novel termasuk juga penciptaan lirik lagu. Makna yang terdapat dalam lirik lagu merupakan pengertian yang bukan sahaja muncul daripada bahasa yang disusun dan digunakan, malah mempunyai perkaitan dengan bentuk pemikiran penulis lirik lagu tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dihasilkan untuk menganalisis makna yang terdapat dalam lirik lagu Melayu Patani terpilih bagi mengenal pasti bentuk pemikiran, serta menganalisis jenis-jenis makna perkataan dan gaya berfikir yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan konsep tujuh jenis makna yang diperkenalkan oleh Geoffery Leech (1974). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga jenis penggunaan makna, iaitu makna konotatif, afektif dan reflektif. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga skema gaya berfikir tersebut terserlah melalui bait-bait lagu yang diaplikasikan melalui penggunaan jenis-jenis skema berfikir tersebut. Dapatan turut menunjukkan bahawa kata-kata dalam lirik lagu bukanlah hanya untuk menghibur, tetapi turut bertujuan untuk menggambarkan kehidupan yang dialami oleh penduduk Patani, selain bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram dan juga memberi semangat kepada penduduk setempat yang sedang melalui kehidupan yang cukup mencabar, di samping mendidik para pendengar dengan pelbagai nilai murni.

Metrics

Metrics Loading ...

Article Details

How to Cite
Waeyusoh, W., & Yaakub, Y. (2023). KONOTATIF, AFEKTIF DAN REFLEKTIF MEMANIFESTASI KEBIJAKAN AKAL BUDI MELAYU PATANI. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera Dan Budaya, 2(1), 155–176. https://doi.org/10.32890/rentas2023.2.7
Section
Articles