Hubungan Persekitaran Stesen Kerja Dan Aduan Berkenaan Tubuh Badan (Somatic Complaints): Implikasi Terhadap Pengurusan Sumber Manusia

Authors

  • Zafir Mohamed Makhbul Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Fazilah Mohamad Hasun Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Abstract

Kajian menunjukkan sistem akustik yang buruk, sistem pengudaraan yang tidak selesa dan tahap pencahayaan yang lemah boleh menyumbang kepada masalah kesihatan pekerjaan terutamanya aduan berkenaan tubuh badan. Kekerapan aduan berkenaan tubuh badan merupakan antara petunjuk bahawa pekerja mungkin mengalami masalah kesihatan yang lebih serius dalam jangka masa panjang. Aduan ini termasuklah kesakitan di bahagian sebelah atas badan, belakang badan, pinggang, kaki dan seumpamanya. Kajian perlu dijalankan untuk mengetahui sumbangan faktor persekitaran stesen kerja seperti akustik, pencahayaan dan pengudaraan terhadap aduan berkenaan tubuh badan. Kajian dijalankan melalui soal selidik yang melibatkan seramai 100 responden terdiri daripada operator pengeluaran yang bekerja di sebuah organisasi perkilangan elektronik multinasional. Hasil analisis regresi berbilang menunjukkan 24.1% perubahan dalam aduan berkenaan tubuh badan disebabkan oleh sistem akustik, pencahayaan dan pengudaraan. Pengujian hipotesis pula menunjukkan faktor pencahayaan dan pengudaraan mempunyai hubungan yang signifikan dengan aduan berkenaan tubuh badan. Melalui analisis korelasi pula, faktor sistem pengudaraan mempunyai kekuatan hubungan yang lebih tinggi (42.1%) dengan aduan berkenaan tubuh badan berbanding dengan faktor-faktor yang lain.

 

Additional Files

Published

26-06-2008

How to Cite

Mohamed Makhbul, Z., & Mohamad Hasun, F. (2008). Hubungan Persekitaran Stesen Kerja Dan Aduan Berkenaan Tubuh Badan (Somatic Complaints): Implikasi Terhadap Pengurusan Sumber Manusia. International Journal of Management Studies, 15(1), 181–199. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9873