Persekitaran Stesen Kerja dan Niat Untuk Berhenti

Authors

  • Zafir Mohd Makhbul Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Fazilah Mohamad Hasun Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijms2011.18.2.9

Keywords:

Stesen kerja, ergonomik, stres, niat untuk berhenti, perkilangan

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan memberikan bukti empirikal tentang perhubungan antara faktor persekitaran stesen kerja dengan niat untuk berhenti. Sampel seramai 500 operator pengeluaran telah dipilih daripada sebelas organisasi perkilangan elektronik yang berdaftar dengan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata berkadaran. Kaedah soal selidik digunakan dalam proses pengumpulan data kajian ini. Analisis regresi linear berbilang menunjukkan 59.1 peratus perubahan dalam niat untuk berhenti disebabkan oleh hubungannya dengan persekitaran stesen kerja. Analisis regresi linear berbilang secara terperinci menunjukkan hanya faktor reka bentuk ruang kerja dan tempoh masa bekerja sahaja yang signifi kan dengan niat untuk berhenti (p<0.01). Faktor pengudaraan, sistem bunyi dan pencahayaan tidak signifi kan dengan niat untuk berhenti. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa faktor reka bentuk ruang kerja dan tempoh masa bekerja memainkan peranan penting dalam meminimumkan niat untuk berhenti daripada organisasi. Persekitaran stesen kerja yang selesa boleh meningkatkan tahap daya saing pekerja dan menjamin modal insan yang cekap dan berkesan.
 
Kata kunci: Stesen kerja, ergonomik, stres, niat untuk berhenti, perkilangan.
 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

29-12-2011

Research impact

Harvested 2026-09-07
0 citations recorded so far

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/ijms2011.18.2.9

Most read articles by the same author(s)