Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Komitmen dalam Kalangan Penjawat Awam

Authors

  • Khulida Kirana Yahya Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia
  • Johanim Johari Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia
  • Zurina Adnan Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia
  • Mohd Faizal Mohd Isa Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia
  • Zulkiflee Daud Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Komitmen, sokongan pengurusan, jaminan pekerjaan, latihan dan pembangunan

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap komitmen dalam kalangan para pekerja peringkat sokongan dan pengurusan di ibu pejabat sebuah badan kerajaan. Faktor-faktor yang dikaji adalah sokongan pengurusan, pembangunan kerjaya, jaminan pekerjaan, latihan dan pembangunan, dan ganjaran. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah soal selidik. Sebanyak 356 set soal selidik diedarkan dan hanya 349 atau 98.03% set soal selidik telah digunakan untuk tujuan penganalisaan. Data dianalisa menggunakan Ujian Korelasi Pearson dan Ujian Multiple Regresi. Hasil kajian mendapati semua faktor yang dikaji mempunyai hubungan yang positif dengan komitmen pekerja terhadap organisasi. Analisis regresi pula menunjukkan bahawa hanya dimensi sokongan pengurusan, jaminan pekerjaan, dan latihan dan pembangunan, mempunyai pengaruh perkaitan yang signifikan dengan dimensi komitmen. Oleh itu, adalah penting bagi pihak majikan memberi perhatian terhadap aspek-aspek berikut dalam meningkatkan komitmen pekerja terhadap organisasi.

 

Additional Files

Published

24-09-2008

How to Cite

Yahya, K. K., Johari, J., Adnan, Z., Mohd Isa, M. F., & Daud, Z. (2008). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Komitmen dalam Kalangan Penjawat Awam. International Journal of Management Studies, 15, 199–223. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9860

Most read articles by the same author(s)