Model Peramal Kepuasan Kerja Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Komuniti Pesisir Terengganu

Authors

  • Mohd Shaladdin Muda Fakulti Pengurusan Ekonomi Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Nik Wan Omar Unit Kualiti Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijms2006.13.7

Keywords:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kepuasan kerja, Model Peramal

Abstract

Kajian ini menganalisis secara kritikal faktor penentu kepuasan kerja dan hubung kait dengan faktor gelagat organisasi bagi pegawai perkhidmatan pendidikan kerajaan di Malaysia. Ia bertujuan membina satu rumusan yang boleh dijadikan salah satu alternatif penyelesaian kepada pihak yang berkepentingan dalam menyediakan skim perkhidmatan pegawai pendidikan yang terbaik dan akhirnya, pelanggan akan dapat menikmati perkhidmatan pendidikan yang baik dan bermutu. Isu kepuasan kerja ini menjadi sangat penting kerana terdapat banyak rungutan daripada pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan berhubung dengan ganjaran, masa kerja yang panjang, beban kerja, tekanan kerja, persekitaran kerja, di samping hubungan dengan keluarga pelajar. Kajian menumpukan kepada tiga faktor utama berkaitan dengan kepuasan kerja iaitu faktor organisasi, demografi dan gelagat. Faktor organisasi merangkumi pemboleh ubah seperti pekerjaan itu sendiri, upah dan ganjaran, kenaikan pangkat, keadaan dan persekitaran kerja, rakan sejawat, komunikasi, penyeliaan dan prosedur kerja. Faktor demografi pula dijadikan pemboleh ubah moderator seperti umur, jantina, pengalaman kerja, kelayakan akademik dan tempat kerja. Manakala faktor gelagat terdiri daripada motivasi kerja, stress, komitmen, penglibatan, kecintaan kepada organisasi dan prestasi kerja. Kajian awal mendapati terdapat korelasi yang positif di antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dinyatakan dengan kepuasan pekerja. Ujian hipotesis mendapati terdapatnya hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja dengan faktor demografi, faktor organisasi, dan faktor gelagat. Responden kajian terdiri daripada pegawai perkhidmatan pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan di kawasan pesisir Terengganu. Dapatan kajian ini diharap dapat mencadangkan alternatif penyelesaian dalam membentuk pasukan kerja pendidikan terbaik dapat memenuhi aspirasi kerajaan dan masyarakat, dan menjadi asas perbincangan di antara pegawai pendidikan dengan pihak yang berwajib mengenai terma-terma perkhidmatan dalam mencapai matlamat bersama, selain dapat memberi manfaat secara langsung kepada orang ramai yang menjadi pelanggan kepada perkhidmatan pendidikan kerajaan. Perlaksanaan kepada dapatan kajian ini diharapkan dapat mewujudkan situasi menang-menang antara kerajaan, warga pendidik, pelajar serta masyarakat yang menjadi pelanggan kepada perkhidmatan pendidikan. Seterusnya dapatan kajian ini akan menambah koleksi sorotan karya dalam bidang ini.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Main (1993). Kepuasan Kerja Guru dan Perkaitan dengan Latar Belakang Pengurusan dan Pengajaran, Tesis Phd. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abu Mansor Matrudi (1998). Hubungan Kepuasan Kerja dan Kecenderungan Berhenti Kerja di Kalangan Guru di Empat Sekolah Menengah Daerah Pontian, Johor, Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Kamil (1991). Kajian Kepuasan Guru: Satu Kajian Kes di Sekolah Menengah Subang Jaya, Selangor, Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Shukran ( 1997). Kepuasan Kerja Guru Agama di Sekolah Menengah Daerah Pekan dan Rompin,Pahang, Tesis Sarjana Universiti Malaysia Sabah.

Ali Murat (2003). Analysis of Relations Among Locus of Control, Burnout and Job Satisfaction in Turkish High School Teacher. IJMS 13 (SPECIAL ISSUE), 123-142 (2006) 139 Australian Journal of Education, 47, diakses daripada http://www.findarticles.com/p/articles/mi_go2077/is_200304/ www.ijms.uum.edu.my ai_n7534547 pada 1.11.2005.

Aminuddin Yusof (1994). Job Satisfaction Among Secondary School Teachers with Regard to Their Differences in Gender, Marital Status, Level of Education, Length of service and Age. Dissertation, University of Houston.

Antanious, A. G., Davidson, M. J., & Cooper, C. L.(2003). Occupational stress, jobs satisfaction and health state in male and female junior hospital doctors in Greece. Journal of Managerial Psychology, 18(6), 592-621

Brooks, I. (1999). Organizational Behavior: Individuals, Groups, and The Organization. Financial Times Management diakses daripada http://news.google.com.my/news?q= Financial+Times+ Management&hl=en&lr=&sa=N&tab=nn&oi=newsr.

Brown, S. P., (1996). A Meta-analysis and review of organizational research on job involvement. Psychological Bulletin. 235-255.

Chan, P. (1995). Factors Influencing Job Satisfaction of School Teachers in Alor Star, Kedah, Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.

Carlson, J. H., & Mellor, S. (2004). Gender related effects in the job design-job satisfaction relationship: An interactional approach sex roles. A Journal of Research, 51, 44-49.

Clark, A. E., (1997). Job satisfaction and gender: Why are women so happy at work. Labor Economics, 4, 341-72.

Devaney, S. A., & Chen, Z. (2003). Job Satisfaction of recent graduates in financial services.Compensation and working condition diaksess daripada http://www.bls.gov pada 12/10/2004.

Ellickson, M. C., & Logsdon, K. (2002). Determinants of job satisfaction of municipal government employees. Public Personnel Management, 31, 343-350.

Forgionne, G. A., & Peeters, V. E. (1982). Differences in job, motivation and satisfaction among female and male managers. Human Relations, 35(2), 101-118.

Freeborn, D. K., (2001). Satisfied, commitment, and psychological well-being among HMO physicians. West Journal Medical, 13-18.

Ghazali Othman (1979). An investigation of the sources of the job satisfaction of the Malaysian School Teachers. Dissertation, Michigan University.

Gordon, J. R. (2002). Organizational Behavior: A Diagnostic Approach (7th. ed) New Jersey: Prentice Hall.

Hacket, R. D. (1989). Work attitudes and employee absenteeism : A synthesis of the literature. Journal of Occupational Psychology, 235-48.

Keller, R. T. (1997). Job involvement and organizational commitment as longitudinal predictors of job performance; A study of scientist and engineers. Journal of Applied Psychology, 539-45. 140 IJMS 13 (SPECIAL ISSUE), 123-142 (2006)

Kinicki, A., & Kreither, R. (2003). Organizational Behavior : Key Concepts, Skills and Best Practices. London: McGraw-Hill Irwin. www.ijms.uum.edu.my

Lee, K. C., & Chan K. W. (1996). Job satisfaction and conflict among technical employees in selected malaysian engineering firms. Journal of Management, 15, 45-62.

Lichenstien, R. L. (1998). The job satisfaction and retention of physicians in organized setting : a literature review. Med Care Rev, 41, 139-179.

Mottaz, C. J. (1986). Gender differences in work satisfaction, work-related rewards and values, and the determinants of work satisfaction. Human Relations, 39(4), 359-78.

Nawi Jusof, (1989). An investigation into the factors influencing job satisfaction among a group of Malaysian secondary school teachers. Tesis Kedoktoran yang tidak diterbitkan, University of Birmingham, United Kingdom.

Nor Azizah. (1988). Job Satisfaction and Professional Needs of Collage Trained Teachers in Selangor and its Implication for Continuing Education. Dissertation of Ph.D. Michigan State University.

Oshagbemi, T. (2003). Personal correlates of job satisfaction: empirical evidence from UK universities. International Journal of Social Economics, 30, 1210-1232.

Ramayah, T., (2001). Job satisfaction : Empirical evidence for alternative to JDI. National Decision Science Conferences, San Fransisco.

Rinehart, J. S., & Shotr, P. M.(1994).Job satisfaction and empowerment among teacher leaders, reading recovery teacher and regular classroom teacher. Journal of Education, 144.

Robbins, S. P. (2001). Organizational Behavior, (9th ed). New Jersey: Prentice Hall.

Simoenes, S., & Anthony, S., (2002). Job satisfaction, workrelated stress and intentions to quit of scottish GPS. Health Economics Research Unit, University of Aberdeed, Aberdeen.

Sloane, P., & Williams, (1996). Are ‘overpaid’ workers really unhappy? A test of the theory of cognitive dissonance”, Labour, 10(1), 3-15.

Suhaimi Ismail. (1996). Hubungan di antara faktor motivasi dan FaktorHygien (5 Dimensi Pekerjaan JDI) dengan Kepuasan Kerja di Kalangan Penyelaras Pusat Kegiatan Guru Negeri Johor. Dissertation, Universiti Teknologi Malaysia.

Stempien, L. R., & Loeh, R. C.(2002).Differences job satisfaction between general education teacher: Implication for retention. Remedial and Special Education, 23.

Syptak, J. M., Marsland, D. W., & Ulmer, D. (1999). Job satisfaction : Putting theory into practice. Family Practice Management, 6(9), 26-31. IJMS 13 (SPECIAL ISSUE), 123-142 (2006) 141

Witt, L. A., & Nye, L. G. (1992). Gender and the relationship between perceived fairness of pay or promotion and job satisfaction. www.ijms.uum.edu.my Journal of Applied Psychology, December, 910-17. 142 IJMS 13 (SPECIAL ISSUE), 123-142 (2006)

Downloads

Published

28-09-2006

Research impact

Harvested 2026-09-08
7 citations, from Semantic Scholar — the highest of the sources checked

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/ijms2006.13.7 OpenAlex W59056604 Semantic Scholar CorpusID 151006873

Most read articles by the same author(s)