Kesedaran Membayar Zakat: Apakah Faktor Penentunya?

Authors

  • Hairunnizam Wahid Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Mohd Ali Mohd Noor Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Sanep Ahmad Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/ijms2005.12.2.10

Keywords:

Persepsi agihan zakat, institusi formal, model logistik

Abstract

Kesedaran akan tanggungjawab membayar zakat dilihat masih lagi di tahap yang rendah. Zakat yang dimaksudkan ialah zakat ke atas harta memandangkan masyarakat Islam sememangnya tidak ketinggalan membayar zakat fitrah di bulan Ramadhan setiap tahun. Ini berlaku antaranya disebabkan persepsi dan pemahaman masyarakat Islam yang menganggap membayar zakat hanya tertumpu kepada zakat fitrah semata-mata. Kesedaran ini boleh ditingkatkan sekiranya pendidikan dikemaskini, tindakan undang-undang terhadap keengganan membayar zakat dikenakan dan keyakinan golongan berkewajipan membayar kepada institusi zakat dapat diperbaiki. Lantaran itu, terdapat sebahagian kecil golongan ini mempunyai pelbagai alasan untuk tidak membayar zakat dan sebahagian pula membayar bukan kepada saluran rasmi kerajaan. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana keengkaran membayar zakat bermakna pengambilan hak orang lain dalam penghasilannya. Keadaan kedua pula menunjukkan terdapat masalah keyakinan pembayar zakat terhadap institusi yang dilantik kerajaan. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat dilihat dari perspektif lokasi, demografi, keyakinan, kemudahan, pendidikan dan seterusnya menentukan faktor yang paling signifikan menyumbang kepada pembayaran zakat. Kajian menggunakan model regresi logistik untuk menguji pemboleh ubah yang dipilih terhadap pembayaran zakat. Keputusan daripada analisis ekonometrik menunjukkan faktor kepuashatian agihan zakat oleh institusi zakat di samping beberapa faktor yang lain adalah signifikan mempengaruhi pembayaran zakat. Beberapa cadangan juga diutarakan untuk membantu meningkatkan kesedaran pembayar zakat terhadap tanggungjawab mereka ini.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Hamid Mohd Hassan. (1998). Antara zakat dan cukai pendapatan: Satu analisis penyelarasan. Kertas Kerja dibentang dalam Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan di Pusat Matrikulasi USM, 5-6 November 1998.

Abdul Monir Yaacob.(2001). Garis panduan agama dalam pengagihan dana zakat. Dalam Nik Mustapha Nik Hassan (penyt). Kaedah pengagihan dana zakat; satu perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKIM

Abdullah Ibrahim. (1999). Agihan zakat menurut prinsip siasah shariyyah. Kertas Kerja dibentangkan dalam Kolokium Keberkesanan Zakat Negeri Selangor. Shah Alam.17 Mei 1999.

Abu Ubaid. (1981). Al-Amwal. Cairo.

Aidit, Ghazali. (1998). Zakat-satu tinjauan. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.

Gujerati, D. N. (2003). Basic Econometrics. (4th Ed.) New York: McGraw Hill.

Hair, J. F., Anderson, R. E., Tatham, R. L. & Black. W. C. (1992). Multivariate data analysis with readings. (3rd ed.). New York: Macmillan Publishing Company.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. (2004). Kesan bantuan zakat terhadap kualiti hidup asnaf fakir dan miskin. Dalam Muhammad Muda et. al. (penyt.) Proceedings National Seminar in Islamic Banking & Finance (IBAF) 2004. Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publication pp 197-205.

Kamil Md Idris, Chek Derashid & Engku Ismail. (1997). Zakat penggajian: Suatu tinjauan terhadap pengetahuan dan amalan muslimin negeri Perlis. Kertas kerja di bentangkan di Seminar Penyelidikan Universiti, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Kamil Md. Idris.(2002). Kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasaan zakat terhadap gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji. Dalam IJMS 12 (2), 171-189 (2005) www.ijms.uum.edu.my Prosiding Muzakarah Pakar Zakat. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn Bhd. pp 201-212. Laporan Zakat 2003. Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan. Laporan Zakat 2001. Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Md Zyadi Tahir & Mariani Majid. (1999). Prestasi kutipan dan agihan zakat di Malaysia. Dlm Pascasidang Seminar Pengeluaran Awam dan Swasta: Justifikasi dan Realiti di Malaysia. Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. pp 293-306.

Mohd Ali Mohd Noor, Hairunizam Wahid & Nor Ghani Md Nor. (2004). Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan Kakitangan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia, Islamiyyat 26(2), 59-68.

Mohamed Dahan Abdul Latif. (1998). Zakat management and administration in Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar of zakat and Taxation di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mohd Parid Syeikh Ahmad. (2001). Kaedah pengagihan dana zakat: satu perspektif Islam. Dalam Nik Mustapha Nik Hassan (penyt). Kaedah Pengagihan Dana Zakat; Satu Perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKIM

Monzer Khaf. (1989). Zakat : Unresolved Issue in The Contemporary Fiqh. Journal Of Islamic Economic. 2 (1), 1-21.

Muhammad Syukri Salleh. (2002). Lokalisasi Zakat: Satu Kajian Teoritis. Dalam Prosiding Muzakarah Pakar Zakat. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn Bhd. pp 105-118. Nor Ghani Md Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad & Nahid Ismail. (2001). Can privatization improve performance ? Evidence from zakat collection institutions. Kertas kerja dibentangkan di Bengkel Ekonomi Islam. Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Qardawi, Yusof. (1998). Peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam. (terj). Kuala Lumpur. Metacorp Bhd.

Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2004). Persepsi dan kesedaran terhadap perluasan sumber zakat harta yang diikhtilaf. Dalam Prosiding Seminar Halatuju Zakat Korporat di Alaf Baru, Kumpulan Kajian Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia. pp 3562.

Siddiqi, Muhammad Iqbal. (1981). Economic security in Islam. Trans. Yusof Al-Qardawi. Lahore : Kazi Publications.

Zainal Abidin Jaafar (2003). Pengalaman Jakim dan kementerian luar bandar dalam menangani masalah kemiskinan. Dalam Bengkel Kebangsaan Kemiskinan dan Jaminan Sosial Asnaf Fakir dan Miskin. UiTM Melaka. IJMS 12 (2), 171-189 (2005) www.ijms.uum.edu.my

Zakariah, A. Rashid. (2001). Penetapan asas dan kadar zakat: Kesannya kepada zakat gaji. Kertas Kerja dibentangkan di Bengkel Ekonomi Islam. Anjuran Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan Shah Zaidi & Hairunnizam

Wahid. (2002). Pendapatan dan sasaran perbelanjaan dana zakat di negeri Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan: Isu dan cabaran. Dalam Prosiding Muzakarah Pakar Zakat. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn Bhd. pp 79-94. IJMS 12 (2), 171-189 (2005)

Downloads

Published

01-12-2005

Research impact

Harvested 2026-09-08
40 citations, from OpenAlex — the highest of the sources checked

Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.

Identifiers DOI 10.32890/ijms2005.12.2.10 OpenAlex W2233528949

Most read articles by the same author(s)