Kemiskinan dan Agihan Pendapatan di Negeri Perak

Authors

  • Zakariah Abdul Rashid Fakulti Ekonomi & Pengurusan Universiti Putra Malaysia
  • Nooraini Kamarul Bahrain Fakulti Ekonomi & Pengurusan Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Ukuran kemiskinan positif dan normatif, pencerakinan agihan pendapatan, nisbah jurang pendapatan dan ukuran kebajikan

Abstract

Dengan menggunakan data HIS2000 dan pengiraan beberapa indeks kemiskinan dan agihan pendapatan (positif dan normatif), kertas kajian ini menganalisis isu kemiskinan dan jurang pendapatan mengikut kaum dan wilayah dalam negeri Perak. Kajian ini mendapati kemiskinan di negeri ini berdimensikan kaum dan wilayah apabila isi rumah Melayu adalah yang paling ramai miskin dengan jurang pendapatan di antara kaum ini dengan kaum-kaum lain jelas ketara. Selain itu, kemiskinan negeri ini juga bercirikan luar bandar dengan jurang pendapatan antara bandar dengan luar-bandar juga jelas ketara. Bagi memperbaiki ketidakseimbangan ini, kertas ini mencadangkan agar kaum yang terkebelakang ekonominya diberikan peluang yang lebih baik bergiat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dan begitu juga, kawasan luar bandar perlu ditingkatkan prasarana ekonominya. Kedua-dua cadangan ini boleh diselaraskan dalam satu strategi pembangunan yang sedia ada dalam peringkat negeri dan persekutuan (NCER).   Kata kunci: Ukuran kemiskinan positif dan normatif, pencerakinan agihan pendapatan, nisbah jurang pendapatan dan ukuran kebajikan.  

Additional Files

Published

30-06-2011

How to Cite

Abdul Rashid, Z., & Kamarul Bahrain, N. (2011). Kemiskinan dan Agihan Pendapatan di Negeri Perak. International Journal of Management Studies, 18(1), 173–196. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10206

Most read articles by the same author(s)