Kajian Awal Terhadap Kepentingan Item Pelaporan Kewangan Menerusi Internet

Authors

  • Mohd Noor Azli Ali Khan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia
  • Noor Azizi Ismail UUM College of Business Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Penyedia, pengguna, item pelaporan, skor wajaran dan pelaporan kewangan menerusi Internet

Abstract

Makalah ini cuba mengupas isu kepentingan item dalam Pelaporan Kewangan Menerusi Internet (PKMI) dengan mengambil kira pandangan penyedia dan pengguna maklumat kewangan. Perbincangan makalah ini berpandukan kepada dapatan awal kajian tinjauan yang dilakukan bagi mengetahui kepentingan item untuk mengukur tahap PKMI. Kajian tinjauan yang dijalankan menggunakan kaedah soal selidik berasaskan skor wajaran dan telah mendapat maklum balas daripada 36 orang responden. Berdasarkan sorotan karya yang menyeluruh, tahap PKMI dalam kajian ini dibahagikan kepada dua dimensi utama iaitu dimensi kandungan dan dimensi pembentangan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima item utama iaitu penyata pendapatan tahun semasa, kunci kira-kira tahun semasa, nota penyata kewangan tahun semasa, penyata pendapatan tahun lepas, dan penyata aliran tunai tahun semasa yang berupaya menggambarkan dimensi kandungan. Seterusnya, bagi dimensi pembentangan terdapat lima item utama iaitu masa muat turun laman web syarikat, pautan kepada laman web, hiperpautan kepada analisis kewangan, hiperpautan ada di dalam laporan tahunan, dan pautan kepada senarai kandungan. Hasil kajian ini penting kerana ianya memberikan input kepada pembuat dasar dan pengubal piawaian perakaunan untuk merangka peraturan berkaitan PKMI dan seterusnya membuka lebih banyak ruang penyelidikan dijalankan dalam bidang ini.

 

Published

29-12-2010

How to Cite

Ali Khan, M. N. A., & Ismail, N. A. (2010). Kajian Awal Terhadap Kepentingan Item Pelaporan Kewangan Menerusi Internet. International Journal of Management Studies, 17(2), 225–252. Retrieved from https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10007