Usahawan Wanita Muslim Berjaya: Amalan Gaya Hidup Islam
DOI:
https://doi.org/10.32890/ijib2018.3.1.1Keywords:
Keusahawanan Islam, Usahawan berjaya, Gaya hidup Islam, Usahawan wanita MuslimAbstract
Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang mencabar. Terdapat ramai usahawan wanita Muslim yang menceburi bidang keusahawanan, namun tidak semua berjaya. Usahawan yang berjaya sudah pasti mempunyai amalan yang berbeza dengan mereka yang gagal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan gaya hidup Islam berdasarkan ciri-ciri keimanan, ibadah dan akhlak yang diamalkan oleh usahawan wanita Muslim berjaya. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dengan kaedah fenomenologikal untuk mempelajari pengalaman sebenar usahawan wanita Muslim berjaya dalam menguruskan perniagaan mereka. Pemilihan usahawan yang terlibat dalam kajian ini adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan dan temu bual mendalam digunakan untuk mengutip data daripada mereka. Data dianalisis menggunakan kaedah kondensasi data, pembentangan data dan melakar rumusan dan pengesahan. Penemuan kajian menunjukkan usahawan wanita Muslim berjaya meyakini konsep keberkatan rezeki, rezeki ketentuan Allah dan berdoa. Sementara itu elemen ibadah yang diamalkan oleh mereka melibatkan zakat, sedekah, solat duha, baca al-Quran dan bersilaturrahim. Elemen akhlak pula menunjukkan sifat syukur, tawakal, sabar dan pemurah menjadi amalan usahawan wanita Muslim berjaya. Oleh itu untuk berjaya dan mencapai al-falah, usahawan wanita Muslim perlu menerapkan nilai-nilai keimanan, meningkatkan ibadah serta berakhak mulia. Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam mengurus perniagaan mereka dengan baik dan bijaksana, seterusnya berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk menperolehi kejayaan dunia dan akhirat.
Downloads
References
Abdullah, S. (2013). Pure values among entrepreneurs: A study on successful entrepreneurs of Perlis MARA. International Journal of Business and Social Science, 4(3), 171-177.
Ahmad, M, & Kadir, S. A. (2013). Characteristics of entrepreneurs and the practice of Islamic Values in influencing the success of small medium enterprises in Kelantan and Selangor. Journal of Social and Development Sciences, 4(5), 229-235.
Al-Ghazali, al-Imam Hujjah al-Islam Abi Hamid. (1990). Ihya’ ‘Ulum al-Din, juzu’ 3. Damsyik: Dar al-Khayr, h. 68.
Al-Qaradawi, Yusuf. (1973). Fiqh al-Zakah. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
Al-Qaradawi, Yusuf. (2010). Fiqh Ekonomi Islam. (Mohamad Dahlan Arshad, terj.), Kuala Lumpur: Blue-T Publication Sdn Bhd.
Azmi, I. A. G & Yaacob, Y. (2012). Entrepreneur’s Personality from Islamic Perspective; A Study of Succesful Muslim Entrepreneurs in Malaysia. Kertas Kerja dibentangkan di International Conference on Economic Business Research. International Journal of Islamic Business | June 2018 | VOL 3 ISSUE 1 | Page 01-eISSN : 0127-662X | Phnom Penh. Disember 2012.
Azmi, I. A. G (2014). The Implementation of Islamic Business Practices of Women Traders: A Study in an Islamic State in a Developing Country, Global Journal Al-Thaqafah, 4 (2), 17-28.
Azmi, I. A. G., & Ibrahim, M.D. (2013). Wanita dan pelaksanaan amalan keusahawanan Islam: Satu kerangka konseptual. International Conference on Islamic Management, 2013. Department of Syariah and Management, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Din, H. (2015)., Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Foster, D. (2016). Women entrepreneurs: Keys to successful business development and sustainability beyond five years. Walden Dissertations and Doctoral Studies. Retrieved from http://scholarworks.waldenu.edu/dissertations/2816
Ghozali, M & Kamri, N. A. (2015). Keperibadian Islam dan profesionalisme dalam pekerjaan: Satu analisis teoritis. Jurnal Syariah, 23(2), 255-286.
Hussin, W. S. W. (2003). Ciri-ciri usahawan berjaya dari perspektif al-Qur'an. Jurnal Usuluddin, 18, 81-110.
Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2007). Entrepreneurship: Theory, Process, Practice. (7th Ed.). Mason, OH: Thomson South-Western.
Lebar, O. (2015). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori Dan Metode, Perak: Penerbit Univesiti Pendidikan Sultan Idris.
Miles, M.B., Huberman, A.M., & Saldana, J. (2014). Qualitative Data Analysis : A Method Sourcebook (3rd Ed.). United States: Sage Publication, Inc.
Mubarak, M. Z. (2015). Konsep keusahawanan Islam: Terminologi, kerohanian dan al-Falah, dalam Keusahawanan Sosial Islam: Suatu Pengenalan, Kelantan: Penerbit UMK, 1-22.
Mubarak, M. Z., Rahman, A. R. & Yaacob, M. R. (2015). Elemen kerohanian dalam keusahawanan Islam: Kajian terhadap usahawan berjaya di negeri Kelantan. Journal of Business and Social Development, 3(1), 43-53.
Rameli, M. F. P, Aziz M. R. A., Wahab, K. A. & Amin, S. M (2014). Etika perniagaan Islam: Pengalaman usahawan Muslim di Melaka. Prosiding PERKEM ke-9, 442–450. International Journal of Islamic Business | June 2018 | VOL 3 ISSUE 1 | Page 01-eISSN : 0127-662X |
Rameli, M. F. P, Aziz M. R. A., Wahab, K. A. (. (2013). The Entrepreneurs Characteristic from al-Quran and al-Hadis. International Journal of Trade, Economics and Finance, 4 (4), 191-196.
Rameli, M. F. P, Aziz M. R. A., Wahab, K. A. (2013). The Muslim Entrepreneurs Characteristic From Mu‘amalat Perspective. Dalam 5th Islamic Economic System Conference 2013 (iECONS2013), Sept. 4-5. Kuala Lumpur: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Samsudin, Y. N. H. & Kamri, N. A. (2008). Pembangunan Usahawan Muslim Berteraskan Paradigma Tauhid: Satu Pendekatan. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan, 15 Oktober 2008. Informan R2, Temubual pada 10 Mei 2016, Jitra. Informan R3, Temubual pada 16 Mei 2016, Langkawi. Informan R4, Temubual pada 25 Mei 2016, Jitra Infroman R1, Temubual pada 2 Mei 2016, Jitra.





