Hubungan Persekitaran Stesen Kerja Dan Aduan Berkenaan Tubuh Badan (Somatic Complaints): Implikasi Terhadap Pengurusan Sumber Manusia

  • Zafir Mohamed Makhbul Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kajian menunjukkan sistem akustik yang buruk, sistem pengudaraan yang tidak selesa dan tahap pencahayaan yang lemah boleh menyumbang kepada masalah kesihatan pekerjaan terutamanya aduan berkenaan tubuh badan. Kekerapan aduan berkenaan tubuh badan merupakan antara petunjuk bahawa pekerja mungkin mengalami masalah kesihatan yang lebih serius dalam jangka masa panjang. Aduan ini termasuklah kesakitan di bahagian sebelah atas badan, belakang badan, pinggang, kaki dan seumpamanya. Kajian perlu dijalankan untuk mengetahui sumbangan faktor persekitaran stesen kerja seperti akustik, pencahayaan dan pengudaraan terhadap aduan berkenaan tubuh badan. Kajian dijalankan melalui soal selidik yang melibatkan seramai 100 responden terdiri daripada operator pengeluaran yang bekerja di sebuah organisasi perkilangan elektronik multinasional. Hasil analisis regresi berbilang menunjukkan 24.1% perubahan dalam aduan berkenaan tubuh badan disebabkan oleh sistem akustik, pencahayaan dan pengudaraan. Pengujian hipotesis pula menunjukkan faktor pencahayaan dan pengudaraan mempunyai hubungan yang signifikan dengan aduan berkenaan tubuh badan. Melalui analisis korelasi pula, faktor sistem pengudaraan mempunyai kekuatan hubungan yang lebih tinggi (42.1%) dengan aduan berkenaan tubuh badan berbanding dengan faktor-faktor yang lain.

 

Published
2020-05-17
How to Cite
MOHAMED MAKHBUL, Zafir. Hubungan Persekitaran Stesen Kerja Dan Aduan Berkenaan Tubuh Badan (Somatic Complaints): Implikasi Terhadap Pengurusan Sumber Manusia. International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 15, n. 1, p. 181-199, may 2020. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9873>. Date accessed: 07 june 2020.