Kesedaran Membayar Zakat: Apakah Faktor Penentunya?

  • Hairunnizam Wahid Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kesedaran akan tanggungjawab membayar zakat dilihat masih lagi di tahap yang rendah. Zakat yang dimaksudkan ialah zakat ke atas harta memandangkan masyarakat Islam sememangnya tidak ketinggalan membayar zakat fitrah di bulan Ramadhan setiap tahun. Ini berlaku antaranya disebabkan persepsi dan pemahaman masyarakat Islam yang menganggap membayar zakat hanya tertumpu kepada zakat fitrah semata-mata. Kesedaran ini boleh ditingkatkan sekiranya pendidikan dikemaskini, tindakan undang-undang terhadap keengganan membayar zakat dikenakan dan keyakinan golongan berkewajipan membayar kepada institusi zakat dapat diperbaiki. Lantaran itu, terdapat sebahagian kecil golongan ini mempunyai pelbagai alasan untuk tidak membayar zakat dan sebahagian pula membayar bukan kepada saluran rasmi kerajaan. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana keengkaran membayar zakat bermakna pengambilan hak orang lain dalam penghasilannya. Keadaan kedua pula menunjukkan terdapat masalah keyakinan pembayar zakat terhadap institusi yang dilantik kerajaan. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat dilihat dari perspektif lokasi, demografi, keyakinan, kemudahan, pendidikan dan seterusnya menentukan faktor yang paling signifikan menyumbang kepada pembayaran zakat. Kajian menggunakan model regresi logistik untuk menguji pemboleh ubah yang dipilih terhadap pembayaran zakat. Keputusan daripada analisis ekonometrik menunjukkan faktor kepuashatian agihan zakat oleh institusi zakat di samping beberapa faktor yang lain adalah signifikan mempengaruhi pembayaran zakat. Beberapa cadangan juga diutarakan untuk membantu meningkatkan kesedaran pembayar zakat terhadap tanggungjawab mereka ini.

 

Published
2020-03-10
How to Cite
WAHID, Hairunnizam. Kesedaran Membayar Zakat: Apakah Faktor Penentunya?. International Journal of Management Studies, [S.l.], v. 12, n. 2, p. 171-189, mar. 2020. ISSN 2180-2467. Available at: <http://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9219>. Date accessed: 05 apr. 2020.