Kajian Kes Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Lwn Bank Islam (M) Berhad Mengenai Isu Penentuan Keputusan oleh Mahkamah Atau Majlis Penasihat Shariah dalam Hal-Hal Kewangan dan Perbankan Islam
DOI:
https://doi.org/10.32890/uumjls2014.5.9Keywords:
Majlis Penasihat Shariah (SAC), Institusi Perbankan dan Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, Undang-Undang PerlembagaanAbstract
Majlis Penasihat Shariah (SAC) telah ditubuhkan di bawah Bank Negara Malaysia bagi tujuan menyelaras prinsip-prinsip Islam di dalam isu-isu kewangan dan merupakan badan rujukan utama di dalam kes-kes berkaitan kewangan Islam di dalam negara. Walaubagaimanapun, pindaan Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah memberi kesan kepada keputusan SAC berkaitan isu kewangan Islam apabila SAC dapat mengikat mahkamah sivil untuk mengikutnya di dalam keputusan sesuatu kes. Berikutan masalah ini, kuasa SAC telah dilihat bertentangan dengan semangat perlembagaan melalui hak kesamarataan dan hak mahkamah untuk membuat keputusan tanpa terikat dengan mana-mana badan. Pindaan yang dibuat di dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 melalui beberapa peruntukan juga dianggap sebagai bertentangan dengan perlembagaan (unconstitutional). Kertas kerja ini akan menggunakan kaedah kajian perbandingan (comparative study) yang melibatkan perbandingan beberapa akta dan peruntukan undang-undang serta perlembagaan persekutuan. Kertas kerja ini juga mencadangkan agar kedudukan SAC diperkemaskan melalui kewujudan akta baru iaitu Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) dan peranan SAC dapat diperkukuhkan demi kemaslahatan perbankan dan kewangan Islam.
Kata kunci: Majlis Penasihat Shariah (SAC), Institusi Perbankan dan Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, Undang-Undang Perlembagaan
References
Abdul Aziz Bari, Malaysian Constitution: A Critical Introduction, (Kuala Lumpur: The Other Press, 2003).
Adnan Trakic, “Dispute Resolution Of Islamic Banking Cases In Malaysia With Reference To Muamalat Division Of The High Court And The Shariah Advisory Council” [2013] 3 MLJ lxvii. Engku Rabiah Adawiah Bt Engku Ali, “Constraints And Opportunities In Harmonisation Of Civil Law And Shariah In The Islamic Financial Services Industry” [2008] 4 MLJ i. Hamid Sultan Abu Backer, “Critical Thoughts: Legislative Intervention Imperative To Support Islamic Financing On A Global Scale” [2009] 1 MLJ lxiv. Muhammad Hafiz Badarulzaman. “Majlis Penasihat Syariah: Implikasi Sebelum dan Selepas Pindaan Akta Bank Negara 2009”. Kertas Kerja telah dibentangkan di International Conference on Multidisciplinary Research, Pulau Pinang, 1-3 November 2012.
Muhammad Hafiz Badarulzaman. (2013) Kuasa Majlis Penasihat Syariah Terhadap Hak Kepenggunaan Dalam Institusi Perbankan Malaysia. Fakulti Undang-Undang UKM: Bangi.
Norhashimah Yassin. (2003). Legal Aspects of Islamic Banking: Malaysian Experience. Kertas Kerja dibentangkan di International Conference on Islamic Banking and Finance. Rafiah Salim. Evidence in Malaysia and Singapore. (Butterworth Asia. 1994). Solehuddin Shuib dan Muhammad Hafiz Badarulzaman. Halangan Undang-Undang dan Transformasi Institusi Perbankan dan Kewangan di Malaysia. (Sintok: UUM Press: 2011).
Published
Issue
Section
How to Cite
Research impact
Harvested 2026-09-06Counts differ between services because each indexes a different body of literature. None of them is the whole picture.
- OpenCitations 0 View →
- Crossref 0 View →
- Scopus 0 not indexed View →
- Google Scholar no free count Search →
- Dimensions no free count Search →








