Pengajaran-Pembelajaran Bahan Seni Bahasa: Aplikasi Semantik Inkuisitif dan Teori Relevans
DOI:
https://doi.org/10.32890/pr2022.4.10Keywords:
Seni Bahasa, Semantik Inkuisitif, Teori Relevans, Bahasa Figuratif, KBATAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengesan dan menjelaskan makna tersirat dalam bahan seni bahasa melalui pengaplikasian pendekatan semantik inkuisitif (SI) yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dan digabungjalinkan dengan Teori Relevans (TR) yang diasaskan oleh Sperber & Wilson (1986, 1995). Penyelidikan berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis teks terhadap bahan seni bahasa yang terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK). Kaedah pemerhatian turut dilakukan terhadap 10 orang pelajar Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Batu Luking yang terletak di daerah Kanowit, Sarawak yang menjadi responden kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa bahan seni seperti sajak dapat mewujudkan persoalan-persoalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa makna tersirat yang dihajati penyajak dapat dikesan oleh para pelajar apabila analisis satu persatu pendekatan semantik inkuisitif dilakukan, bermula
dengan analisis semantik skrip, semantik resonans dan seterusnya semantik inkuisitif. Pengaplikasian teori Relevans pada tahap kedua analisis semantik resonans telah menunjukkan bahawa mata pelajaran bahasa Melayu dapat digabungjalinkan dengan pelbagai disiplin ilmu yang lain dan pembelajaran mata pelajaran ini menjadi lebih menarik dan bersifat multi-disiplin. Kajian ini berupaya dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pengkaji, guru-guru bahasa dan pelajar sekolah khususnya dalam mempelajari dan menelusuri makna yang terkandung dalam bahan seni bahasa. Kajian ini telah mengetengahkan bukti saintifik terhadap ujaran yang digunakan dalam penghasilan sajak sebagai bahan seni bahasa.
References
Abdullah, R. (2004). Panduan kurikulum prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Aida, Ja'afar, S., & Abdullah, A.R. (2018). Pantun Kanak-kanak dari perspektif semiotik Riffaterre. Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu [Online], 11.1 (2018): 88-109.
Aini, S., & Mansor (2007). Keperluan motivasi dalam pengurusan kerja berkualiti dari perspektif pemikiran Islam. Jurnal Usuluddin, Bil 25 [2007] 103-124.
Caroll, D.W. (2008). Psychology of Language. Canada: Thomson Wadsworth.
Connaway, L.S. & Powell, R.R. (2010). Basic research methods for librarians (5th ed). Santa Barbara, CA: Libraries Unlimited.
Forrest. R, & Kearns, A. (2006) Social cohesion, social capital and the neighbourhood. Urban Studies (12), 2125–2143.
Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Glosari Astronomi (1995), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 351.
Hamzah, R., Daud, H., & Hamidon, A. (2019). Buku Teks BM KSSR Semakan Tahun 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim, L. (2010). Editor - MutiaraIslam Online di Mei 9, 2010.
Hassan, H. (2006). Kata hubung 'Dan' dan 'Tetapi': Satu analisis perbandingan nahu dan pragmatik. Tesis. Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia. http://salam-monash.blogspot.com/2013/05/sajak-guru-oh-guru-dato-usman-awang.html. https://theinspirasi.my/pengorbanan-seorang-ibu-dalam-hidup-kita/ http://www.myhealth.gov.my/proses-kelahiran/
Idid, S. A. (1998). Beauty, brain and brawn in public relations. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jalaluddin, N. H. (2007). Bahasa dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jalaluddin, N. H. (2014). Semantik dan akal budi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatitif in kursus penyelidikan kualitatif siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Johor Darul Takzim. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim.
Jumingan, M. F. (2003). Penterjemahan bahasa figuratif Arab-Melayu: satu analisis teori relevans. Tesis Ph.D. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kulkarni. (1999). Molecular and biotechnological aspects of xylanase. FEMS Microbiol.Rev. 23: 411456.
Laporan Tahunan. (2018). Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Maulana, & Jalaluddin. (2018). Unsur burung dalam pantun: analisis semantik inkuisitif. Jurnal Wacana Sarjana: Jilid 2(1) Mac 2018: 1-15.
Patton, M. Q. (2002). Qualitative evaluation and research methods (Ed ke3). Thounsand Oaks, CA: Sage Publication Inc.
Piah, H. M. (1981). Puisi Melayu Tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan Persuratan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Priftis, A. & Oppenheim, C. (1999). Development of a national information policy in Greece. Practitioner Research, 4, July 2022 pp: 172-150 Information Development 15(1): 32-43.
Rahman, S. A. (2019). Menggapai bintang: Ibrah kisah-kisah dalam al-quran. Iman Publication.
Sperber, D. & Wilson, D. (1986). Relevans komunikasi & kognisi. (Nor Hashimah Jalaluddin, peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Srikandi, & Subet, F. (2020). Perwatakan Dalam Novel KOMSAS “Di Sebalik Dinara”: Analisis Teori Relevans. Asian People Journal, VOL 3(1), 84-100
Subet, M. F., & Nasir, M. R. M. (2019). Analisis semantik inkuisitif peribahasa Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 16(2), 227-253.
Subet, M. F. (2012), Teori relevans dalam personifikasi, in Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Norsimah Mat Awal, Harishon Radzi (Eds.). Pemantapan dan Pembinaan Ilmu Linguistik Berasaskan Korpus. (pg 207-223). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ulmann, S. (1962). Semantics: An introduction to the science of meaning. Oxford Blackwell.









