Cabaran Pelaksanaan Program Pemulihan Akhlak dalam Kalangan Pelatih Remaja di Pusat Pemulihan Akhlak di Malaysia (Challenges in the Implementation of Moral Rehabilitation Programmes among Adolescent Trainees in Rehabilitation Centres in Malaysia)
DOI:
https://doi.org/10.32890/jps2026.29.8Keywords:
Program pemulihan, pemulihan akhlak, pelatih remaja, pusat pemulihanAbstract
ABSTRAK
Pusat pemulihan akhlak memainkan peranan penting dalam menyediakan intervensi melalui pendekatan pendidikan, penjagaan, perlindungan, psikososial dan psikospiritual. Namun demikian, pelaksanaan program pemulihan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang boleh mempengaruhi keberkesanan dan kesinambungan proses perubahan pelatih. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan cabaran pelaksanaan program pemulihan akhlak dalam kalangan pelatih remaja di pusat pemulihan terpilih di Malaysia berdasarkan perspektif pelaksana program. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes pelbagai lokasi. Data dikumpulkan melalui temu bual separa struktur melibatkan tujuh orang informan yang terdiri daripada tenaga pengajar, pengurus, pengetua, pegawai psikologi, penolong pegawai pembangunan masyarakat dan pembantu pegawai latihan yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program pemulihan. Data temu bual ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menghasilkan tiga tema utama, iaitu (i) cabaran pengurusan pusat dan kakitangan, (ii) cabaran penglibatan ibu bapa dan keluarga, dan (iii) cabaran berkaitan diri pelatih. Cabaran pengurusan merangkumi aspek pengurusan kakitangan, kawalan emosi, keyakinan diri, akses kepada perkhidmatan psikologi dan pemantauan perubahan pelatih. Cabaran keluarga pula melibatkan penerimaan, kerjasama, komunikasi dan sokongan keluarga, manakala cabaran diri pelatih berkaitan dengan sikap, kesediaan untuk berubah serta pengalaman yang ditafsirkan oleh informan melalui kerangka spiritual. Dapatan ini menunjukkan bahawa pemulihan akhlak remaja perlu dilihat sebagai suatu ekosistem intervensi yang menghubungkan institusi, keluarga dan pelatih, bukan sebagai proses perubahan individu semata-mata. Usaha mendepani cabaran perlu diusahakan agar sahsiah dan tingkah laku pelatih remaja ini dapat kembali berfungsi secara positif dalam masyarakat.
ABSTRACT
Moral rehabilitation centres play an important role in providing interventions through educational, care, protection, psychosocial, and psychospiritual approaches. However, the implementation of rehabilitation programmes faces various challenges that may affect the effectiveness and sustainability of trainees’ behavioural change. Therefore, this study aims to identify and describe the challenges in implementing moral rehabilitation programmes among adolescent trainees in selected rehabilitation centres in Malaysia from the perspective of programme implementers. This study employed a qualitative approach using a multiple-site case study design. Data were collected through semi-structured interviews involving seven informants, comprising an instructor, a manager, principals, a psychologist, an assistant community development officer, and an assistant training officer who were directly involved in the implementation of rehabilitation programmes. The interview data were transcribed verbatim and analysed using thematic analysis. The findings revealed three main themes: (i) challenges related to centre management and staff, (ii) challenges related to parental and family involvement, and (iii) challenges related to the trainees themselves. Management-related challenges encompassed staff management, emotional regulation, self-confidence, access to psychological services, and the monitoring of trainees’ progress. Family-related challenges involved parental acceptance, cooperation, communication, and family support, while trainee-related challenges concerned attitudes, readiness to change, and experiences interpreted by the informants within a spiritual framework. The findings indicate that adolescent moral rehabilitation should be understood as an intervention ecosystem that connects rehabilitation institutions, families, and trainees rather than merely as an individual process of change. Therefore, concerted efforts are required to address these challenges to support the development of positive character and behaviour among adolescent trainees and facilitate their successful reintegration into society.
Downloads
References
Ab Razak, M. R., & Hamjah, S. H. (2018). Faktor zina dan kesannya dalam kehidupan remaja. Sains Insani, 2(2), 1–9. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no2.30
Aini, Z., Mohd Hamzah Murghayah, S. K., Ismail, S., Usman, A. H., & Shbair, A. (2024). Methods of communication between Muslim parents and teenagers in Malaysia. Islamiyyat, 46(2), 51–65. https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2024-4602-05
Amir, N. K., & Abdul Aziz, S. F. (2019). Faktor remaja lari dari rumah dalam kalangan komuniti PPR Pantai Dalam dan Desa Rejang, Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1–8. https://doi.org/10.17576/jws.v3i1.205
Asalal, N., & Khairul Azhar, N. A. (2025). Faktor dan cabaran dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR): Kajian kes di Lembah Subang 1 dan Lembah Subang 2. Jurnal Pembangunan Sosial, 28(1), 16-37. https://doi.org/10.32890/jps2025.28.1.2.
Azizan, N. I., Abd Majid, M., Mohamad, N., Usman, A. H., Mohd Haridi, N. H., Ismail, Z., & Abdul Rahman, A. H. (2022). Faktor penglibatan salah laku delinkuen dalam kalangan remaja: Kajian di pusat pemulihan: Factors involving the misconduct of delinquent adolescents in rehabilitation centers. E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 9(2), 59–74. https://doi.org/10.53840/ejpi.v9i2.86
Bartollas, C., & Schmalleger, F. (2014). Juvenile delinquency (9th ed.). Pearson.
Bohari, M., & Mohd Yusof, F. (2020). Pendidikan keibubapaan melalui santunan fitrah Nabi Ya’qub A.S dan pendekatannya bagi menangani salah laku remaja. UMRAN – International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 6(3-2), 113–123. https://doi.org/10.11113/umran2020.6n3-2.426
Esa, A., Abd Aziz, Z. @ S. A., & Mohamad, N. H. (2014). Pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam dalam kalangan remaja terlanjur di pusat pemulihan akhlak remaja. ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, 4(1), 47–60.
Hamjah, S. H., Zur Raffar, I. N. A., Rahman, Z. A., & Rasit, R. M. (2020). Applying spiritual aspect of parenting skills to adolescents in the family. Afkar-Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 22(2), 313–346. https://doi.org/10.22452/afkar.vol22no2.9.
Ibrahim, N., Mansor, N. H., & Md Yusoff, Y. (2020). Bentuk-bentuk pemulihan akhlak bagi pesalah seks di Malaysia: Suatu sorotan literatur. Jurnal Usuluddin, 48(2), 1–23. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol48no2.1.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2024). Statistik jenayah, Malaysia, 2024. https://storage.dosm.gov.my/crime/crime_2023.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2024). Laporan tahunan 2023: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025.
Kriyantono, R. (2006). Teknik praktis riset komunikasi. PT Kencana Perdana.
Mansor, N. H., & Mohamad Jodi, K. H. (2020). Program pemulihan akhlak remaja bermasalah: Kajian terhadap pengalaman pelatih di pusat perlindungan terpilih. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 7(2), 219–234. https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/150
Masri, S. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: Esei, proposal, tesis. Utusan Publications.
McHugh, M. L. (2012). Interrater reliability: The kappa statistic. Biochemia Medica, 22(3), 276–282. https://doi.org/10.11613/BM.2012.031
Mohd Hamizi, M. A. F., & Hamzah, I. S. (2023). Penggunaan media sosial sebagai media baharu dan impaknya terhadap masyarakat Malaysia. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15(Edisi Khas), 24–37. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15.sp.3.2023
Mohd Jodi, K. H., & Mansor, N. H. (2019). Kesediaan remaja hamil luar nikah terhadap program kerohanian di pusat perlindungan wanita. Islamiyyat, 41(1), 59–68. https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2019-4001-06
Mustafa, M. N., Suandi, T., Hamzah, A., & Ismail, I. A. (2016). Fenomena delinkuen dalam kalangan remaja yang berisiko di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di luar bandar Malaysia. Jurnal Kemanusiaan, 25(2), 10–34.
Noor Hafizah Mohd Haridi. (2016). Program agama di Pusat Pemulihan Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): Kajian dari aspek pelaksanaan dan keberkesanan [Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
Paad, N. S., Syed Muhsin, S. B., & Zainal Abidin, M. S. (2021). Implementasi psikospiritual Islam dalam pembentukan model motivasi pembangunan diri remaja: Islamic psychospiritual implementation in motivational model of adolescents’ self-development. Afkar: Jurnal Akidah dan Pemikiran Islam, 23(2), 405–444. https://doi.org/10.22452/afkar.vol23no2.11
Pauzi, H. M., Saim, N. J., Sarnon@Kusenin, N., & Kamaluddin, M. R. (2016). Faktor-faktor pelaksanaan program pemulihan akhlak yang berkesan untuk pesalah kanak-kanak. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, Special Issue 2, 23–36.
Tarmidzi, U. (2025, 20 Ogos). 5,633 kes juvana direkod sejak 2023, majoriti remaja 16–18 tahun. Media Selangor. https://mediaselangor.com/ms/2025/08/316896
Umami, I. (2019). Psikologi remaja. Idea Press Yogyakarta.
Wan Mohd Azman, W. N., & Md Sham, F. (2024). The effectiveness of the tazkiyat al-nafs programme in fostering religious appreciation and positive behaviour among trainees at Raudhatus Sakinah. Al-Hikmah, 16(2), 200–222. https://doi.org/10.17576/alhikmah.2024.1602/535
Zaini, N. A., Md Sham, F., & Abdul Jalil, S. J. (2025). Pendekatan psikologi dakwah dalam pemulihan tingkah laku delinkuen remaja perempuan: Satu kajian kes. Al-Hikmah, 17(1), 93–106. https://doi.org/10.17576/alhikmah.2025.1701/537
Zakaria, E., & Sarnon, N. (2019). Ketidakfungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal: Suatu kajian awal. Global Journal Al-Thaqafah, 9(3), 79–91. https://doi.org/10.7187/GJAT122019-8
Zitterkopf, J. L. (2019). Juvenile detention center effects on futures of at-risk youth [Unpublished doctoral dissertation]. Walden University.
Zolkanain, N. S., & Yusof, F. (2020). Hubungan kasih sayang ibu bapa dengan tingkah laku delinkuen pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin, Masjid Tanah, Melaka. Jurnal Sains Sosial: Malaysian Journal of Social Sciences, 5(1), 25-32. http://kuim.edu.my/journal/index.php/JSS/article/view/656.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Pembangunan Sosial

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.






4.png)



