Tingkah Laku Relaps dan Hubungannya dengan Sokongan Keluarga, Tekanan Psikologi serta Akses Perkhidmatan Pemulihan di Komuniti Rumah Panjang Iban Nanga Medamit, Limbang, Sarawak

(Relapse Behaviour and Its Relationships with Family Support, Psychological Stress and Access to Rehabilitation Services in the Iban Longhouse Community of Nanga Medamit, Limbang, Sarawak)

Authors

  • Richard Phung Kui Fah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/jps2026.29.6

Keywords:

Tingkah laku relaps, sokongan keluarga, tekanan psikologi, akses perkhidmatan pemulihan, Komuniti Rumah Panjang Iban

Abstract

Tingkah laku relaps selepas tempoh berhenti menggunakan dadah merupakan cabaran penting dalam mengekalkan kepulihan, khususnya dalam komuniti luar bandar. Kajian ini bertujuan menilai tahap sokongan keluarga, tekanan psikologi, akses kepada perkhidmatan pemulihan dan risiko relaps serta menguji hubungan antara tiga pemboleh ubah tersebut dengan tingkah laku relaps dalam kalangan individu dengan sejarah penyalahgunaan dadah di Komuniti Rumah Panjang Iban Nanga Medamit, Limbang, Sarawak. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas berbentuk korelasi dan melibatkan 148 responden yang dipilih secara persampelan bertujuan. Sokongan keluarga diukur menggunakan Family Support Scale (FSS-18), tekanan psikologi menggunakan Perceived Stress Scale (PSS-10), akses pemulihan menggunakan skala 10 item berasaskan model Andersen, dan tingkah laku relaps menggunakan sembilan item yang diadaptasi daripada Time to Relapse Questionnaire (TRQ). Relaps ditakrifkan sebagai pengambilan semula dadah selepas suatu tempoh abstinens dan dioperasionalkan melalui skor risiko relaps. Kajian rintis melibatkan 30 responden menunjukkan kebolehpercayaan keseluruhan 47 item konstruk yang memuaskan (Cronbach's Alpha = .786). Nilai min sokongan keluarga ialah 54.60 (SP = 6.06), tekanan psikologi 19.59 (SP = 4.18), akses pemulihan 30.70 (SP = 4.57), dan risiko relaps 22.61 (SP = 3.63); kesemuanya berada pada tahap sederhana. Korelasi Pearson menunjukkan sokongan keluarga (r = -.041, p = .625), tekanan psikologi (r = -.042, p = .610) dan akses pemulihan (r = .046, p = .577) tidak mempunyai hubungan linear yang signifikan dengan tingkah laku relaps. Dapatan ini tidak menyokong hubungan linear bagi tiga pemboleh ubah yang diuji dan menunjukkan keperluan meneliti faktor lain serta perubahan relaps secara longitudinal dalam konteks komuniti setempat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

31-07-2026

How to Cite

Phung Kui Fah, R. (2026). Tingkah Laku Relaps dan Hubungannya dengan Sokongan Keluarga, Tekanan Psikologi serta Akses Perkhidmatan Pemulihan di Komuniti Rumah Panjang Iban Nanga Medamit, Limbang, Sarawak: (Relapse Behaviour and Its Relationships with Family Support, Psychological Stress and Access to Rehabilitation Services in the Iban Longhouse Community of Nanga Medamit, Limbang, Sarawak). Jurnal Pembangunan Sosial, 29, 74-85. https://doi.org/10.32890/jps2026.29.6