Reproduksi Sosial dalam Aspek Modal Ekonomi Komuniti Nelayan di Endau Johor: Analisis Kualitatif
(Social Reproduction in Terms of the Economic Capital of the Fishing Community in Endau, Johor: A Qualitative Analysis)
DOI:
https://doi.org/10.32890/jps2026.29.5Keywords:
Reproduksi sosial, modal ekonomi, nelayan, kualitatif, temubualAbstract
Reproduksi sosial adalah merupakan proses pemindahan sesuatu modal daripada generasi bapa kepada generasi anak yang merangkumi modal budaya, modal ekonomi dan modal sosial. Nelayan adalah merupakan individu yang menjadikan hasil laut/ sungai sebagai sumber pendapatan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Kajian pengkaji terdahulu menunjukkan isu yang sering timbul terhadap komuniti nelayan adalah mengenai isu kemiskinan, kaedah penangkapan/teknologi yang rendah, penguasaan orang tengah, tahap mobiliti sosial yang rendah dan keterpinggiran/keciciran dalam arus pembangunan. Bagaimanakah dengan komuniti nelayan sekarang, adakah terdapat proses reproduksi sosial yang berlaku dalam generasi nelayan dan anak-anak menyambung legasi nelayan tersebut atau sebaliknya. Oleh yang demikian, kertas kerja ini menganalisis faktor modal ekonomi (pekerjaan, pendapatan, tabungan/simpanan dan pemilikan aset) dalam reproduksi sosial komuniti nelayan antara dua generasi iaitu generasi bapa (informan ketua keluarga) dan generasi anak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual dan pemerhatian mendalam terhadap 33 keluarga intergenerasi (33 ketua keluarga nelayan + 33 generasi anak). Hasil dapatan menunjukkan bahawa aspek pekerjaan dan aset adalah merupakan aspek yang dominan dalam modal ekonomi. Ini kerana terdapat sebilangan kecil generasi anak yang mewarisi pekerjaan generasi bapa mereka sebagai nelayan dan mempelbagaikan sumber dengan menceburkan diri dalam bidang usahawan berasaskan sumber laut. Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan pemahaman yang lebih komprehensif mengenai proses reproduksi sosial modal ekonomi dalam komuniti nelayan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan kepada pembuat dasar dan pihak berkepentingan dalam merangka strategi pemerkasaan komuniti nelayan sekali gus memastikan kelestarian sektor perikanan serta kesinambungan profesion nelayan pada generasi akan datang.
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Pembangunan Sosial

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.






4.png)



