Cabaran dan Permasalahan Menguruskan Perniagaan Ketika COVID 19: Kes Pengusaha Madu Kelulut di Sik Kedah
(Challenges and Problems in Managing Business During Covid 19: Case of ‘Honey Kelulut’ Entrepreneur at Sik Kedah)
DOI:
https://doi.org/10.32890/jps2023.26.5Keywords:
Usahawan Kecil dan Sederhana, Cabaran, Permasalahan, Pandemik Covid 19, Small and medium enterprise, Challenges, Problems, Pandemic Covid 19Abstract
Usahawan sering berhadapan dengan cabaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Maka, usahawan harus merancang,
mengurus, mengelola dan melaksanakan strategi perniagaan dengan efisyen, cekap dan berkesan. Ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, Malaysia juga turut terkesan dengan wabak ini sehingga berlakunya krisis ekonomi yang mencabar. Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, keadaan pandemik ini sudah pasti memberi cabaran utama terhadap aliran pendapatan perniagaan kerana operasi perniagaan terpaksa dihentikan sepanjang tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membendung wabak ini. Kertas kerja ini membincangkan cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh usahawan ketika tempoh PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif telah dilakukan melalui temubual secara atas talian dan bersemuka terhadap sepuluh (10) usahawan kecil yang menjalankan perniagaan madu kelulut di Daerah Sik, Kedah. Seterusnya, penyelidik juga telah memperolehi maklumat berkaitan usahawan tentang cabaran yang dihadapi melalui temubual bersemuka. Hasil dapatan mendapati usahawan kecil menyatakan tempoh pandemik Covid-19 memberi impak negatif terhadap jualan dan aliran pendapatan usahawan PKS. Terdapat lima permasalahan dan cabaran utama yang dihadapi usahawan kecil ketika pandemik Covid-19. Cabaran dan permasalahan tersebut dikategorikan kepada lima klasifikasi utama iaitu masalah pemasaran, masalah pengurusan, masalah pengeluaran, masalah produk dan masalah kewangan. Justeru, usahawan PKS haruslah bijak menangani dan menguruskan perniagaan ketika wabak pandemik daripada segala aspek perniagaan demi kelestarian perniagaan usahawan kecil di Malaysia.
Downloads
References
Ab. Aziz Yusof (2010). Pengenalan kepada usahawan dan keusahawanan. ScholarMind Publishing.
Abdullah, M. B., Harun, M., & Mohd Jali, M. R. (2017). Employment generated by government spending on education. International Jurnal of Academic Research and Social Sciences, 7(2), 738-742.
Ahmad Rabiul Zulkifli. (2019). Berita Harian Online, Pasaran madu lebah kelulut merosot, harga turun – PELEKAT, dicapai di https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/07/588693/ pasaran-madu-lebah-kelulut-merosot-harga-turun-pelekat
Bernama. (2020). Industri madu kelulut berpotensi besar dalam pasaran dunia, Utusan Borneo Utara online, dicapai di https://www.utusanborneo.com.my/2020/02/24/, pada 20 Ogos 2021.
Creswell, J. (2003). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches (2nd ed.). SAGE Publications.
Kaur, D. (2018). Sixfold increase in export business should SMEs go fully digital. Retrieved from http://www.smecorp.gov.my/indix. php/my/news/3465-sixfold-increase-in-export-businesses-should-smes-go-fully-digital.
Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2007). Entrepreneurship: Theory, process and practice (7th ed.). Thomson South Western.
Mohd Syahrir Abdullah, et.al (2017). Asas keusahawanan: Ke arah pengukuhan minda dan kemahiran keusahawanan, UUMPress.
Norasmah Othman (2021). Pengurusan enterprise kecil dan sederhana. Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Rosmiza M. A., Nurul Hidayah, M. N., Jamil M., & Mazdi, M. (2021). Isu dan cabaran usahawan dalam industri penternakan lebah kelulut, Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16(4). pp. 102-116. ISSN 2180-2491.
Saleh, A. S., & Ndubisi, N. O. (2006). SME development in Malaysia: Domestic and global challenges. University of Wallongong.
Selangor Kini. (2019). Industri lembah kelulut berdepan lembah cabaran, Ogos 1, 2019, diakses di https://selangorkini. my/2019/08/industri-lebah-kelulut-berdepan-cabaran/, pada 15 Jun 2020.
SME Corporation Malaysia. (2016). SME definitions, Kuala Lumpur: Official Website SME Corporation, di akses di www.smecorp. gov.my, pada 3 Julai 2021.
SME Corporation Malaysia (2020). Annual Report, Kuala Lumpur: Official Website SME Corporation, diakses di www.smecorp. gov.my, pada 25 Ogos 2021.
Syahrina Abdullah. (2017). Ciri-ciri usahawan dan keusahawanan Islam, Asas Keusahawanan: Ke arah Pengukuhan Minda dan Kemahiran Keusahawanan, UUM Press.
Tan, S. (2018). Tips to Improve SMEs sustainable business practices. Retrived from https://www.easyparcel.my/blog/tips/tips-improve-smes-sustainable-business-practices, pada 10 Ogos 2021.






4.png)



