MODUL LATIHAN PENASIHAT MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK DI MALAYSIA

SATU CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Authors

  • Norazla Abdul Wahab Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah & Undang-undang Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Hammad Mohamad Dahalan Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah & Undang-undang Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Nur Zulfah Md Abd Salam Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah & Undang-undang Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

DOI:

https://doi.org/10.32890/jps2022.25.7

Keywords:

Kanak-kanak, Latihan, Mahkamah bagi Kanak-kanak, Modul, Sistem Keadilan Jenayah Kanak-kanak

Abstract

Penubuhan Mahkamah bagi Kanak-kanak (MBKK) dalam sistem keadilan jenayah kanak-kanak bertujuan memberikan perlindungan
undang-undang terhadap kanak-kanak. Mahkamah ini dianggotai oleh seorang Majistret dan dibantu oleh dua orang penasihat seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 11(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (AKK 2001). Penasihat MBKK berperanan menasihati Majistret dalam memberikan perintah kepada kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang dan jika perlu menasihati ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut. Namun penasihat MBKK berdepan cabaran untuk menasihati mahkamah akibat kurang pendedahan kepada modul dan latihan berkaitan. Sekyen 11 AKK 2001 juga tidak memperuntukkan keperluan latihan bagi penasihat MBKK. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti modul dan latihan sedia ada berserta isu dan cabaran yang dihadapi oleh penasihat MBKK dan pihak-pihak terlibat berkaitan pelaksanaan modul dan latihan tersebut. Analisis dibuat terhadap jurnal akademik, dokumen perundangan dan modul berkaitan. Temu bual separa struktur turut dijalankan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan lima orang penasihat MBKK (mewakili kawasan bandar dan luar bandar) bagi mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh penasihat MBKK. Kajian mendapati modul latihan bagi penasihat MBKK telah dibangunkan pada tahun 2013 oleh JKM dan Fakulti Undang-undang (FUU), Universiti Malaya yang mencakupi aspek perundangan. Namun terdapat beberapa kekangan dalam pelaksanaan modul latihan tersebut. Kajian ini mencadangkan kerangka penambahbaikan kepada modul dan latihan penasihat MBKK bagi meningkatkan wibawa serta profesionalisme penasihat MBKK selain membantu mereka untuk berperanan secara efektif dalam sistem keadilan jenayah kanak-kanak di Malaysia.

 

(Training Module for Children Court Advisors in Malaysia: An Improvement Proposal)

ABSTRACT
The establishment of the Court for Children in the juvenile justice system aims to provide legal protection for the children. The court
comprises a Magistrate and is assisted by two advisors as provided in section 11 (2) of the Child Act 2001. The role of the Children Court
Advisor is to advise the Magistrate as well as the children who are in conflict with the law and if necessary to advise the parents or guardians
of the children. In many occasions, the Children Court Advisors have difficulties in advising the court. It is because of the lack of exposure to
the modules and trainings relating to that. Furthermore, section 11 of Child Act 2001 does not provide for training requirements for Children
Court Advisor. Thus, this study aims to identify the existing modules and training as well as the issues and challenges faced by Children
Court Advisor and the related parties in the implementation of such modules and training. An analysis is made on the academic journals, legal documents and related modules. Semi -structured interviews were also be conducted with the Social Welfare Department (JKM), Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM) and five Children Court Advisors that are representing the urban and rural areas. It is to identify the issues and challenges faced by Children Court Advisor as regards to the training modules. The study found that JKM and the Faculty of Law (FUU), University of Malaya have developed the training module for Children Court Advisor in 2013. However, there are some constraints in implementing such modules and trainings. This study proposes an improvement on the training modules of Children Court Advisor in order to increase the credibility and professionalism of the advisors as well as to help them to play an effective role in the juvenile justice system in Malaysia. 

Metrics

Metrics Loading ...

References

Che Rose, S. (2011). Prosedur perbicaraan kes jenayah kanak-kanak di Mahkamah Tinggi. Voice of Academia (VOA), 6(2), 109-124.

Farah Nini Dusuki. Perkembangan Mahkamah Bagi Kanak-kanak di Malaysia dlm Pentadbiran Keadilan: Artikel Terpilih. Edisi 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dan Pustaka. 2007.

Jal Zabdi Mohd Yusoff et al 2020. Keadilan Restoratif bagi Kanak-kanak di Malaysia: Perspektif Undang-undang dan Kerja Sosial. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Informan 1. Kerangka Penambahbaikan Penasihat Mahkamah Dalam Sistem Keadilan Jenayah Kanak-Kanak Di Malaysia. Mahkamah Selayang, Selangor. Temubual 9 Mac 2020.

Informan 3. Kerangka Penambahbaikan Penasihat Mahkamah Dalam Sistem Keadilan Jenayah Kanak-Kanak Di Malaysia. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga. Temubual 8 September 2020.

Informan 4. Kerangka Penambahbaikan Penasihat Mahkamah Dalam Sistem Keadilan Jenayah Kanak-Kanak Di Malaysia. Mahkamah bagi Kanak-kanak, Petaling Jaya, Selangor. Temubual 21 September 2020.

Informan 5. Kerangka Penambahbaikan Penasihat Mahkamah Dalam Sistem Keadilan Jenayah Kanak-Kanak Di Malaysia. Mahkamah bagi Kanak-kanak, Kuala Lumpur. Temubual 21 September 2020.

Informan 7. Kerangka Penambahbaikan Penasihat Mahkamah Dalam Sistem Keadilan Jenayah Kanak-Kanak Di Malaysia. Mahkamah bagi Kanak-kanak, Pekan, Pahang. Temubual 27 Oktober 2020.

Informan 8. Kerangka Penambahbaikan Penasihat Mahkamah Dalam Sistem Keadilan Jenayah Kanak-Kanak Di Malaysia. Mahkamah bagi Kanak-kanak, Cameron Highland, Pahang. Temubual 27 Oktober 2020.

Institut Sosial Malaysia. http://www.ism.gov.my/

Modul EDU 3107: Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak.

Mohd Al-Adib Samuri & Noor Aziah Mohd Awal. 2014. Berkeras Patah Berlembut Lentur Perintah bagi Pesalah Kanak-kanak. Penerbit UKM. Bangi

Mustaffa, A. (2016). Diversion under Malaysian Juvenile Justice System: A Case of Too Little Too Late? Asian Journal of Criminology, 11(2), 135-153.

Noor Aziah Mohd Awal. 2020. Sistem Pengadilan Restoratif bagi Kanak-kanak di Malaysia dari Perspektif Undang-undang dalam Keadilan Restoratif bagi Kanak-kanak di Malaysia: Perspektif Undang-undang dan Kerja Sosial. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Norazla Abdul Wahab, Nur Zulfah Md Abd Salam & Hammad Mohamad Dahlan. 2021. Legal Framework of the Advisor of of the Court for Children in Malaysia: An Analysis. Asian Journal of Law and Governance Vol 3, No. 1, 98-103, 2021

Norazla Abdul Wahab, Nur Zulfah Md Abd Salam & Hammad Mohamad Dahlan. 2021. Kedudukan Dan Peranan Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Dalam Sistem Keadilan Jenayah Kanak-Kanak Di Malaysia: Isu Dan Cabaran. International Journal of Law, Government & Communication. Volume 6 Issue 24 (June 2021) PP. 84-103. DOI 10.35631/IJLGC.624006. EISSN:0128-1763

Rahimin Affandi Abdul Rahim. 1997. Gerakan Tajdid di Malaysia: Teori dan Reality.

Dalam Mahmud Zuhdi Hj. Abdul Majid. (pnyt.). Dinamisme Pengajian Syariah. Kuala Lumpur: Berita Publishing.

Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2004. Menangani Cabaran Globalisasi: Satu Analisis

Terhadap Pemikiran Reformis Semasa. Dlm. Mohd Fauzi Hamat, Mohd Fakhruddin Abd. Mukti & Che Zarrina Sa’ari. Pemikiran Islam Dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM

Rahim, A. A. (2008). Isu Perundangan Mengenai Hukuman Jenayah Oleh Kanak-

Kanak di Malaysia. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 12, 1-12.

Saibaba, A. 2012. Juvenile Justice: Critically Juxtaposing The Models In India And Singapore. Working Paper Series No.028. Singapore: Asia Law Institute.

Samuri, M. A. A., & Awal, N. A. H. M. (2009). Hukuman Terhadap Pesalah Kanak-kanak Di Malaysia: Pencegahan Atau Pemulihan? Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 13, 35-54.

UNICEF, 2013 Report: The Malaysian Juvenile Justice: A Study on Mechanisms for Handling Children in Conflict with the Law.

Wafaa Yusof & Anita Abdul Rahim. 2014. The Age of Criminal Responsibility from the Perspective of Malaysian Shariah Law. Canadian Center of Science and Education. 10(10): 95-104.

Yusramizza Md Isa & Anis Suhaiza . 2007. Kewajaran Mahkamah bagi Kanak-kanak di Malaysia. Journal Of Ethics, Legal And Governance (REKAYASA). 3: 61-67

Downloads

Published

30-11-2022

How to Cite

Abdul Wahab, N., Dahalan , H. M. ., & Md Abd Salam, N. Z. . (2022). MODUL LATIHAN PENASIHAT MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK DI MALAYSIA: SATU CADANGAN PENAMBAHBAIKAN. Jurnal Pembangunan Sosial, 25, 141–168. https://doi.org/10.32890/jps2022.25.7