Islam dan Wacana Pascamodenisme

Authors

  • Mohd Zariat Abdul Rani Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.32890/jis2006.2.6

Keywords:

Islam, Pascamodenisme dan seksualiti

Abstract

Dunia intelektual Barat hari ini dikatakan cenderung terhadap corak pemikiran "pascamodenisme". Dapat dikatakan bahawa kecenderungan tersebut kemudiannya turut menjangkau ke dunia Timur. Dalam kalangan masyarakat Islam, kehadiran corak pemikiran "pascamodenisme" rata-rata disambut dengan reaksi yang berbelah-bahagi. Di satu pihak, kehadiran corak pemikiran tersebut disenangi dan disambut baik oleh masyarakat Islam. Di pihak yang lain, kehadiranya tetap dicurigai serta dipertikaikan dengan beberapa alasan. Sesungguhnya, reaksi ini mengundang terhadap perlunya perbincangan yang mengupas soal prinsip pemikiran "pascamodenisme", dan menilai kerelevanannya dalam kehidupan masyarakat Islam. Sehubungan itu, makalah inibertujuan membincangkan tentang corak pemikiran "pascamodenisme" dengan memberi tumpuan terhadap aspek "penolakan terhadap metanaratif' yang menjadi antara prinsip penting pemikiran tersebut. Untuk itu, makalah ini memilih untuk membincangkan wacana seksualiti yang diutarakan oleh Michel Foucault dalam bukunya bertajuk The History of Sexuality: Introduction Volume I (1978). Dengan meneliti tulisan tersebut, perbincangan ini menges an idea Foucault yang cenderung mempertikaikan beberapa prinsip penting dalam fahaman dan amalan seksualiti Barat seperti perakuan terhadap hanya orientasi seks heteroseksual, serta peminggiran orientasi-orientasi seks selain heteroseksual. Kecenderungan ini menyerlahkan prinsip corak pemikiran "pascamodenisme" yang menolak apa yang selama ini dianggap sebagai satu "metanaratif'. Dalam konteks kerangka Tauhid, kecenderungan ini menyerlahkan pertentangan corak pemikiran "pascamodenisme" dengan Islam, dan justeru kerelevanannya dengan kehidupan masyarakat Islam hari ini masih boleh dipersoalkan.

 

References

Al-Attas, S.M.N. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Al-Attas. S.M.N. (1995). Prolegomena To The Metaphysics of Islam: An Exposition of The Fundamental Elements of The WorldView of Islam. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization.

Akhbar S. Ahmed. (1992). Postmodernism and Islam: Predicament and Promise. London: Routledge.

Foucault, M. (1978). The History of Sexuality. Volume 1.An Introduction. Terj. Robert Hurley. London : Peguin Books

Hauser R. (1994). “Krafft-Ebing “s Psychological Understanding of Sexual Behaviour”. Dim. Roy Porter & Mikulas Teich (pynt.). Sexual Knowledge, Sexual Science: The History of Attitudes To Sexuality. Cambrige: Cambridge University Press.

Johnson, W.S. (1979). Living in Sin: The Victorian Sexual Revolution. Chicago: Nelson Hall.

Lemert, C. (1997). Postmodernism Is Not What You Think. Massachusset: Balackwell.

Malinowski, B. (1932). The Sexual Life of Savage in North-Western Melanesia. London: Lowe & Brydone.

Mason, M. (1995). The Making of Victorian Sexuality. Oxford: Oxforf University Press.

Mohd. Zariat Abdul Rani. (2003). Islam Sebagai Al-din: Beberapa Pengamatan Terhadap Pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Dlm. AFKAR (Jurnal Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). Bil. 4 (Mei): 29-62.

Mohd. Zariat Abdul Rani. (2002). Dilema Muslim: Penelitian Terhadap Pandangan Syed Muhammad Naquib Al Attas Tentang Beberapa Fenomena Umat Islam. Dlm. Jurnal YADIM (Jurnal Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia). Bil. 3 (Jun): 83-103.

Nevid, J.S., Rathus L.F. & Rathus, S.A. (1995). Human Sexuality in a World of Diversity. Edisi ke-2. Needham Heights: A Simon & Schuster.

Porter, R & Mikulas Teich, M. (1994). Sexual Knowledge, Sexual Science: The History of Attitudes to Sexuality. Cambrige: Cambrige University Press.

Rabinow, P. (1984). The Foucault Reader. New York: Panthoen.

Sussman, N. (1976). “Sex and sexuality in history”. Dlm. Sadock, B.J., Kaplan, H.I & Freedman, A.M. The Sexual Experience. Baltimore: Williams & Wilkins.

Tannahill, R. (1992). Sex in History. Scarborough:USA.

Taylor, G.R. (1965). Sex in History. New York: Vanguard.

Weeks, J. (1989). Sex, Politics and Society: The Regulatian of Sexuality Since 1800. Edisi ke-2. London: Longman.

Downloads

Published

03-12-2006

How to Cite

Abdul Rani, M. Z. (2006). Islam dan Wacana Pascamodenisme. Journal of International Studies, 2, 99-114. https://doi.org/10.32890/jis2006.2.6