Kewajaran Mahkamah bagi Kanak-kanak di Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.32890/jgd2007.3.5Kata kunci:
hak kanak-kanak, perbicaraan mahkamah, prosiding mahkamah, kes jenayahAbstrak
Mahkamah merupakan institusi utama yang menunjangi sistem kehakiman negara bagi membicarakan dan memutuskan keputusan atas sebarang kes jenayah dan sivil. Terdapat pelbagai jenis mahkamah yang telah diwujudkan mengikut jenis-jenis kes yang dihadapkan termasuklah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Mahkamah Bagi Kanak-Kanak ’menggalas’ tanggungjawab bagi membicarakan dan memutuskan keputusan bagi kes-kes melibatkan kanak-kanak. Mahkamah ini dilihat sebagai medium mampan bagi mempertahankan hak-hak kanak-kanak yang telah diiktiraf menurut undang-undang dan sebagai wadah berkesan bagi memulihkan pesalah kanak-kanak yang tersasar daripada norma-norma terpuji kehidupan. Artikel ini digarap bagi membincangkan tentang institusi Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di Malaysia pada masa kini dan kewajaran penubuhannya. Di samping itu, artikel ini akan menghematkan pengupasan perbincangan tentang beberapa aspek berkaitan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di Malaysia termasuklah aspek bidangkuasa, komposisi, persidangan perbicaraan, prosiding mahkamah bagi kes jenayah melibatkan kanak-kanak dan sekatan hukuman. Di akhir artikel ini, penulis menegaskan agar kelangsungan dan kemampanan Mahkamah Bagi kanak-Kanak dipertahankan sepanjang zaman.
Rujukan
Abdullah Sohaimi Daud. (2005). Hak perlindungan kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) Seksyen 15(1) ‘Larangan laporan media” dalam PENGAMAN (Majalah Polis Diraja Malaysia), Jil. 1/2005.
Anderson, David C. (2002). When should kids go to jail?, The American Prospect.
Baljit Singh Sidhu. (2008). Criminal litigation process. Kuala Lumpur: Marsden Law Book.
Champion, Dean J. (1998). The juvenile justice system, deliquency, processing and the law. Second Edition. Inc. USA: Prentice Hall.
Lee Mei Pheng. (1990). General principles of Malaysian Law. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Noor Aziah Mohd Awal. (2003). Pengenalan kepada sistem perundangan di Malaysia. Kuala Lumpur: International Law Book Services.
NSTonline. (2007). “Are We Failing Our Child?”, 18 November.
Teo Say Eng. (2007). Your rights and the law. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Cara Memetik
##plugins.generic.citations.panel.title##
##plugins.generic.citations.panel.harvested## 2026-09-08##plugins.generic.citations.panel.body##
- OpenAlex 0 ##plugins.generic.citations.panel.view##
- OpenCitations 0 ##plugins.generic.citations.panel.view##
- Crossref 0 ##plugins.generic.citations.panel.view##
- Google Scholar ##plugins.generic.citations.panel.noApi## ##plugins.generic.citations.panel.search##
- Dimensions ##plugins.generic.citations.panel.noApi## ##plugins.generic.citations.panel.search##










